Sinopsis Kau, Aku, Kita Raya TV3

Sinopsis Kau, Aku, Kita Raya TV3 | Kau, Aku, Kita Raya mengisahkan kehidupan Im Aus dan Iman selepas berumah tangga. Im Aus kejutkan Iman bangun pagi dengan kata-kata manis dan gelaran ‘abe’ dan ’sayang’ antara mereka kemudiannya Iman ketawa kerana itu hanya lakonan. Dia masih belum boleh mengubah panggilan ‘kau’ dan ‘aku’ antara mereka.

Im Aus nampak kecewa tapi dia tetap cuba untuk biasakan Iman dengan panggilan itu tambahan ketika ini Iman sudah pun mengandungkan anak pertama mereka. Namun, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku apabila kandungan Iman bermasalah. Anak dalam kandungan mati tanpa mereka perasan kerana Iman terlalu aktif. Berita itu membuatkan Iman rasa tertampar tambahan dia tahu dia dah pun kecewakan Im Aus.

Sejak keguguran, Iman mula menjadi pendiam. Iman cuba mengubah kelakuannya yang sedikit kasar itu menjadi lembut malah mengubah penampilannya dengan bertudung. Saksikan segalanya dalam Kau, Aku, Kita Raya di kaca tv anda.

Pelakon Kau, Aku, Kita Raya TV3
Saharul Ridzwan, Janna Nick, Hafidz Roshdi, Sasqia Dahuri, Shamsul Ghau Ghau, Kuza, Issey

Sinopsis Kau, Aku, Kita Raya TV3, pelakon dan gambar Kau, Aku, Kita Raya TV3
Gambar Kau, Aku, Kita Raya TV3

Tonton Kau, Aku, Kita Raya
Tarikh Kau, Aku, Kita Raya disiarkan: 6 Syawal 2016
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment