Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik (Astro)

Sinopsis Drama Imam Mudaku Romantik Astro| Imam Mudaku Romantik mengisahkan Laila Khalisah, pemilik butik Pinkwears yang sememangnya mengimpikan seseorang yang bergelar imam muda atau ustaz menjadi suaminya. Kemunculan Muhammad Faqih dalam kehidupannya telah banyak mengubah isi keluarga wanita itu.

 Faqih begitu pandai menambat hati isterinya. Sekeping kad besar yang tertulis I Love You, Laila di cermin hadapan Peugeot 508 berwarna putih bersama lambakan ros merah di sekelilingnya merupakan kejutan untuk cinta hatinya itu.

Masjid yang dibina oleh mereka diserikan lagi apabila Laila Khalisah disahkan hamil kembar. Namun, pada usia perkahwinan yang masih setahun jagung itu, kebahagiaan mereka diragut dengan fitnah yang dilemparkan oleh Izham, bekas tunang Khalisah. Izham muncul kembali menagih cinta Khalisah. Saksikan segalanya dalam drama Imam Mudaku Romantik di kaca tv anda.

Pelakon Drama Imam Mudaku Romantik Astro
Hisham Hamid sebagai Muhammad Faqih
Syatilla Melvin sebagai Laila Khalisah
Faye Kusairi sebagai Adriana
Syed Ali sebagai Khalis
Erwin Dawson sebagai Izham
Farah Nabila sebagai Syuhada
Rahhim Omar sebagai Tan Sri Kamarul
Zarina Zanuddin  sebagai Puan Sri Lydia
Charline Numan sebagai Dato Farhan
Kuza sebagai Datin Salma
John Chisel sebagai Taufik
Sharisa Haris sebagai Zarina
Amy Hariani sebagai Anita
Nisa Rissa sebagai Aisha
Rosli Sako sebagai Ustaz Syed

OST Lagu Tema Imam Mudaku Romantik
Tajuk : Takkan Ada
Penyanyi : Wan Azlyn feat Viral

Tajuk : Alhamdulillah
Penyanyi : Wani feat Juzzthin

Tajuk : Bukan Hanya Sekali
Penyanyi : Apiz Paschya

Sinopsis drama Imam Mudaku Romantik astro, pelakon dan gambar drama Imam Mudaku Romantik astro, Imam Mudaku Romantik episod akhir – episod 16
Gambar Drama Imam Mudaku Romantik Astro

Tonton drama Imam Mudaku Romantik
Tarikh Imam Mudaku Romantik disiarkan: 6 Jun 2016
Jumlah episod drama Imam Mudaku Romantik: 16
Imam Mudaku Romantik episod akhir – episod 16
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro Oasis 106 & Astro Maya HD 135

2 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Mana boleh tonton drama ini lagi? Tak dapat cari

    ReplyDelete