Tanda-Tanda Simptom Jangkitan Difteria

Tanda-Tanda Dan Gejala Jangkitan Difteria | Gerun mendengar kesan bahaya Difteria, jom kita lihat apa simptom bila seseorang mendapat jangkitan Difteria. Bagaimana nak tahu jika anak kita mendapat Difteria.

Tanda-tanda Difteria yang dapat dirasakan oleh pesakit adalah:
1. Pesakit mengalami masalah sakit tekak / sakit kerongkong
2. Sukar menelan makanan
3. Lesu, pucat, degupan jantung pantas
4. Demam secara tiba-tiba
5. Bengkak di leher (yang dikenali sebagai leher lembu atau bull neck)
6. Terdapat membran kelabu melitupi tonsil serta bahagian saluran pernafasan pesakit Difteria 
7. Sesetengah kanak-kanak menunjukkan simptom mual, muntah, sejuk dan demam yang tinggi

Simptom Difteria disebabkan oleh toksin yang dibebaskan oleh bakteria Corynebacterium diphteriae. Tekanan darah rendah mungkin terjadi pada pesakit sebegini. Kesan jangka panjang toksin difteria termasuk kardiomyopathi and peripheral neuropathy (sensory type). Bentuk luka difteria sering kali merupakan jangkitan kedua penyakit kulit sedia ada. Tanda-tanda jangkitan difteria bentuk luka menonjol purata selepas tujuh hari selepas kemunculan penyakit kulit utama.

tanda-tanda jangkitan difteria, simptom difteria, gejala difteria, gambar difteria dalam mulut pesakit
Difteria dalam mulut pesakit
Tengok gambar jangkitan Difteria dalam mulut pesakit buatkan aku seriau. Mesti sakit! Sedangkan kena ulser mulut dah sakit. Inikan pula bila anak tekak bernanah. Selaput nanah akibat Difteria di tekak boleh menutup saluran pernafasan. Bahaya ni. Lebih membahayakan lagi bila toksin akibat Difteria melumpuhkan saraf pesakit dan menyebabkan keradangan jantung hingga menyebabkan kematian!

Macam berita yang keluar sebelum ni, 2 kanak-kanak disahkan maut akibat Difteria. Kesian weh. Kecik lagi. Tak dapat merasai zaman kanak-kanak sepenuhnya. Menderita akibat jangkitan Difteria yang akhirnya meragut nyawa mereka. Untuk makluman bersama, kadar kematian akibat difteria paling tinggi di kalangan bayi dan orang tua dan kematian biasanya berlaku dalam masa tiga hingga empat hari.


Ketahui:


Moga dengan perkongsian tanda-tanda jangkitan Difteria memberi kesedaran dan amaran pada ibu bapa agar segera membawa anak berjumpa doktor dan dapatkan rawatan selanjutnya. Waspada! Penyakit Difteria boleh membawa maut. Dapatkan imunisasi dan vaksin Difteria dari doktor. 

2 comments:

  1. Anonymous27 July, 2016

    Semoga anak-anak kita dan diri kita semua dilindungi selalu.

    ReplyDelete
  2. BARU JE KELMARIN DAPAT BERITA ADA KES DI AREA KEDIAMAN SAYA. SEMOGA ANAK-ANAK KITA DILINDUNGI SELALU. SAMA-SAMA KITA BERUSAHA , AMBIL LANGKAH PENCEGAHAN, ELAK DIFTERIA, TINGKATKAN SISTEM IMUN ANAK-ANAK KITA.SEMOGA ANAK YANG TERKENA DIFTERIA SEMBUH SEPERTI SEDIA KALA

    ReplyDelete