Ads GA Leaderhead

Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)

Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) nama pasukan Bola Sepak Kelantan yang terbaru, yang dulu dikenali sebagai The Red Warriors. Dato’ Seri Vida merupakan penaja utama Pamoga Qu Puteh TRWFC (PQPTRW) yang mana bukan sahaja memperbaharui nama pasukan The Red Warriors malah mengecat stadium Kelantan dengan warna pink. Termasuk jersi pemain Kelantan pun dah berubah wajah kepada jenama Dato’ Seri Vida (DSV).

Paling best bila dengar cadangan Dato’ Seri Vida nak bina Hotel Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) yang bernilai RM280 juta. Melopong je tengok angka tu! Bila banyak duit, macam-macam kita boleh buat. Untung team Kelantan dapat penaja kaya dan bermurah hati macam tu. Dato’ Seri Vida membuat kenyataan tentang larangan jangan makan kuaci dalam stadium. Ha, dengar tu!

Gambar Pasukan Bola Sepak Kelantan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)
gambar dato’ seri vida penaja pasukan bola sepak kelantan pamoga qu puteh the red warriors (pqptrw), pamoga qu puteh trwfc (pqptrw), kejayaan the red warriors (pqptrw), gambar pasukan the red warriors (pqptrw), facebook, twitter, instagram laman rasmi the red warriors (pqptrw)
Kesebelasan utama Pasukan Pamoga Qu Puteh The Warriors. Pemain The Red Warriors (PQPTRW) menggunakan jersi biru Pamoga Qu Puteh di tempat lawan.
  
Gambar Penaja Dan Naib Presiden KAFA Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)
gambar dato’ seri vida penaja pasukan bola sepak kelantan pamoga qu puteh the red warriors (pqptrw), pamoga qu puteh trwfc (pqptrw), kejayaan the red warriors (pqptrw), gambar pasukan the red warriors (pqptrw), facebook, twitter, instagram laman rasmi the red warriors (pqptrw)
Penasihat kehormat KAFA, Dato’ Seri Vida dan Naib Presiden KAFA, Datuk Rosmadi Ismail berada di 'bench' pasukan PQPTRW 2016

 Pencapaian Dan Kejayaan Pasukan The Red Warriors (PQPTRW)
Piala Malaysia
Johan (1) 2010, Naib Johan (3) 1955, 1970, 2009

Liga Super
Naib Johan (1): 2010
Johan (2): 2011, 2012

Liga Premier
Johan (1): 2000

Piala FA
Johan (1): 2012
Naib Johan (2): 2009,2011

Piala Sultan Haji Ahmad Shah Cup (Perlawanan Sumbangsih)
Johan (1): 2011

2012
Malaysia Super League Champion, FA Cup Champion, Malaysia Cup Champion

2013
FA Cup Champion

Latar Belakang Pasukan Kelantan The Red Warriors (PQPTRW)
Persatuan Bolasepak Kelantan (KAFA) diasaskan pada tahun 1946 sebagai Persatuan Bolasepak Amatur Kelantan. Tahun 2005 adalah tahun yang merekodkan sejarah hitam bagi KAFA apabila pasukan Kelantan adalah satu-satunya pasukan negeri yang bermain di liga kelas ketiga di Malaysia. Pasukan Kelantan berada di tangga terakhir Liga Perdana, dan terpaksa beraksi di Liga FAM.

Perlantikan Tan Sri Hj Annuar Musa sebagai Presiden KAFA pada tahun 2007 menyaksikan perubahan dalam lanskap kepimpinan KAFA. Pelbagai pendekatan baru dan pembaharuan dilakukan oleh Tan Sri Hj Annuar Musa dalam aspek pengurusan persatuan dan pasukan. Tan Sri Annuar membawa revolusi dan mengubah cara pengurusan pasukan dengan memperkenalkan perubahan yang serupa dengan yang diamalkan di luar negara.

Pemain tempatan diberi pendedahan dan pemain kebangsaan dibawa masuk ke dalam pasukan untuk menghasilkan gabungan pemain yang mantap dan berpengalaman. Beliau juga menandatangani kontrak penajaan dengan pelbagai syarikat. Dengan aliran tunai yang baik di bawah kepimpinannya, Kelantan, yang kini dijenamakan semula sebagai The Red Warriors (TRW) akhirnya mula mengecapi kejayaan demi kejayaan pada tahun-tahun berikutnya.

Pasukan TRW berjaya memperbaiki kedudukannya dalam Liga Perdana Malaysia semasa musim 2007-2008 dan berakhir di tempat ketiga untuk musim tersebut. Musim 2009 merupakan musim pertama pasukan TRW diserap ke Liga Super Malaysia. Pasukan TRW juga berjaya melangkah ke perlawanan akhir Piala FA dan Piala Malaysia pada tahun tersebut. Sejak 2009, Kelantan dengan konsisten telah berjaya memasuki sekurang-kurangnya satu pusingan akhir setiap tahun sehingga hari ini.

Tahun 2016, nama pasukan bola sepak Kelantan yang dahulunya dikenali sebagai The Red Warriors kini ditukar kepada Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW).

Gambar Penyokong Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW) 
gambar dato’ seri vida penaja pasukan bola sepak kelantan pamoga qu puteh the red warriors (pqptrw), pamoga qu puteh trwfc (pqptrw), kejayaan the red warriors (pqptrw), gambar pasukan the red warriors (pqptrw), facebook, twitter, instagram laman rasmi the red warriors (pqptrw)
Penyokong pasukan bola sepak Kelantan menggunakan jersi berwarna pink.

Objektif Pasukan Bola Sepak Kelantan The Red Warriors (PQPTRW)
Untuk menggalakkan permainan bolasepak yang mematuhi Perlembagaan, Peraturan dan Undang-Undang Permainan.
Untuk menanamkan minat dalam bola sepak khasnya di Kelantan Darul Naim dan secara umumnya di Malaysia.

Untuk menggubal, menerima pakai, mengubahsuai dan menerbitkan perlembagaan, kaedah, peraturan, undang-undang kecil dan syarat-syarat bagi mengawal setiap permainan bolasepak di Kelantan seperti yang ditetapkan oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Untuk mengekalkan dan menjalinkan kerjasama dengan mana-mana Persatuan atau Kelab-Kelab Bolasepak dan membantunya dengan apa-apa jua cara yang difikirkan wajar oleh KAFA atau Majlis dan untuk membuat atau menerima pakai mana-mana perjanjian atau perkiraan dengan Persatuan atau Kelab yang berkenaan.

Untuk berkerjasama dengan FAM dalam semua perkara yang berkaitan dengan pertandingan Peringkat Kebangsaan atau Antarabangsa atau lain-lain pertandingan ataupun yang berkaitan dengan permainan bolasepak atau yang berkaitan dengan Perlembagaan atau Peraturan yang melibatkan permainan bolasepak.

Untuk menjalankan segala usaha yang difikirkan patut oleh Majlis bagi membantu mencapai tujuan di atas atau mana-mana tujuan tersebut. Sumber: Website The Red Warriors

Gambar Penyokong Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW)
gambar dato’ seri vida penaja pasukan bola sepak kelantan pamoga qu puteh the red warriors (pqptrw), pamoga qu puteh trwfc (pqptrw), kejayaan the red warriors (pqptrw), gambar pasukan the red warriors (pqptrw), facebook, twitter, instagram laman rasmi the red warriors (pqptrw)
Kelab PQPTRW Pasir Puteh: Kami penyokong setia Dato’ Seri Vida

Ikuti perkembangan Pasukan Kelantan The Red Warriors (PQPTRW) di laman sosial:
Team PAMOGA QU PUTEH THE RED WARRIORS Facebook, jangan lupa follow perkembangan terkini menerusi Facebook Rasmi Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warriors: https://www.facebook.com/theredwarriorsofficial
PAMOGA QU PUTEH TRWFC (PQPTRW) Official Instagram of Kelantan Football layari: https://www.instagram.com/trwfc_official/
Twitter Rasmi Pasukan Bola Sepak Kelantan, The Red Warriors: https://twitter.com/trwfc
Website pasukan bola sepak Kelantan Pamoga Qu Puteh The Red Warriors (PQPTRW): http://theredwarriorsfc.com/v2/

Jersi terbaru PQPTRW yang dinanti-nantikan penyokong Kelantan:

Jenama minyak wangi Dato Seri Vida:
Minyak Wangi Dato’ Seri Vida DSV Signature – minyak wangi ekslusif Datuk Vida
Minyak Wangi Qu Puteh Perfume Hero – minyak wangi lelaki

Lagi..antara produk Qu Puteh yang begitu popular!!!

Nak baca tentang latar belakang Datuk Vida? Meh ke sini:

2 comments:

  1. gol...gol...gol...
    xpelah seri pun...janji xkalah...hhehehehee

    ReplyDelete
    Replies
    1. kalau kalah, mau x stressnye datuk vida. dah sponsor juta2 tuuu..

      Delete