Program
Pendidikan Khas untuk murid berkeperluan khas dari
segi menghadapi masalah penglihatan dan masalah pendengaran (pendidikan khas masalah pembelajaran). Tujuan
Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI)
adalah untuk mendidik murid-murid yang secara fizikalnya normal tetapi lemah
dalam pembelajaran (lembam). Ketahui lebih lanjut pendidikan anak istimewa.
Program
Pendidikan Khas Integrasi Untuk Siapa
PPKI ini untuk mengajar anak-anak yang
mengalami kecacatan tertentu seperti sindrom down, hiperaktif, spastik, autisme
dan sebagainya. Maka wujudnya terma sekolah seperti pendidikan anak istimewa, sekolah
kanak-kanak istimewa, sekolah kanak-kanak cacat, sekolah pintar cerdas.
Misi Program Pendidikan Khas
Membangunkan modal insan berkeperluan
khas yang cemerlang berasaskan:
Sistem pendidikan yang berkualiti, relevan dan
holistik;
Perkembangan potensi diri ke tahap optimum;
Keupayaan berdaya saing dan kebolehpasaran;
Nilai-nilai murni sebagai warganegara yang
bertanggungjawab; dan
Perkongsian pintar dengan pelbagai pihak.
Menyebarkan
Informasi Dan Memahami Program Pendidikan Khas Integrasi
Baru-baru ni, aku telah menonton berita
siaran TV1, tentang pendidikan
vokasional untuk pendidikan khas. Sejujurnya aku kurang arif pasal
pendidikan khas ni. Lepas tu aku teringat, anak makcik aku ada mengalami
masalah yang dinyatakan di atas. Mungkin dengan carian informasi ni membantu
makcik aku memahami tentang konsep sekolah pendidikan khas.
Pelajar
Dari Sekolah Pendidikan Khas
Pelajar pendidikan khas |
Amirul merupakan salah seorang
daripada 38 murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) -
Bermasalah Pembelajaran di Sekolah Menengah Kebangsaan Dusun Nanding, Hulu
Langat, Selangor. Sekali pandang, tiada sebarang perbezaan antara Amirul dan pelajar
seusianya. Namun, jika diamati dengan baik barulah dikesan bahawa dia tergolong
dalam kalangan pelajar lembam. Sumber: pendidikan
khas
Apa
yang anda perlu tahu tentang Pendidikan Vokasional Khas
1. Semua murid berkeperluan khas
berpeluang untuk menerima akses pendidikan yang relevan dan sesuai.
2. Semua murid berkeperluan khas perlu
diperkembangkan bakat dan potensi melalui pendidikan vokasional bagi
menghasilkan insan yang berkemahiran ke arah meningkatkan kualiti hidup.
3. Semua murid berkeperluan khas
diberi peluang untuk mengikuti Program Intervensi Awal agar tahap keupayaan
mereka dapat dioptimumkan.
4. Murid yang berpotensi
seboleh-bolehnya ditempatkan secara inklusif di kelas-kelas arus perdana.
Pembelajaran
Sekolah: Kurikulum Program Pendidikan Khas Integrasi
Antara aktiviti yang dilakukan oleh pelajar pendidikan khas |
Untuk bidang kurikulum pula, terdapat 4
jenis kemahiran yang disediakan iaitu Kemahiran Jahitan, Kemahiran Masakan,
Kemahiran Mendobi dan Kemahiran Perkebunan.
Fungsi
Program Pendidikan Khas
1. Memperluas peluang pendidikan,
memperkasa dan menilai keberkesanan program pendidikan khas.
2. Membentuk sahsiah dan mempertingkat
potensi diri murid berkeperluan khas di sekolah pendidikan khas, Program
Pendidikan Khas Integrasi dan Program Inklusif hingga ke peringkat
antarabangsa.
3. Mempertingkat kompetensi pengurus,
pentadbir, guru dan anggota kumpulan sokongan pendidikan khas melalui program
latihan di dalam dan di luar negara.
4. Memastikan sumber manusia
mencukupi, terlatih dan berkemahiran untuk melaksanakan Program Pendidikan
Khas.
5. Mempertingkat kemudahan
infrastruktur, infostruktur, peralatan khas, bahan pengajaran dan pembelajaran
serta perkhidmatan sokongan yang sesuai dan relevan bagi murid berkeperluan
khas. sumber
Info lanjut tentang pendidikan khas
layari http://www.moe.gov.my/v/BpKhas
Gambar pelajar sekolah pendidikan khas |
Mengajar anak-anak istimewa ni
memerlukan kesabaran yang tinggi. Malah aku sendiri pernah menjejak kaki ke kelas pendidikan khas di mana ada di
antara pelajar tersebut menghidap sindrom down, hiperaktif, spastik, autism,
menghadapi masalah pendengaran (pekak). Aku amat kagum guru yang mengajar
pendidikan khas.
Jika anak-anak anda tergolong dalam anak istimewa, daftarkan anak anda untuk ke sekolah pendidikan khas. Di sana,
mereka akan belajar tentang pelbagai kemahiran.
Info tentang pendidikan:
No comments:
Post a Comment