Bahaya
Bedak Bayi Johnson & Johnson Boleh Menyebabkan Kanser Ovari
| Bedak bayi talkum baby powder Johnson & Johnson dan Shower to Shower menyebabkan
punca seorang wanita bernama Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari. Sebelum
ni, aku ada dengar desas desus akan bahayanya bedak bayi Johnson & Johnson. Ternyata khabar tu adalah benar.
Menyeramkan!! Sebab kita selalu
gunakan bedak bayi Johnson & Johnson
ni pada bayi. Tak sangka kandungan bedak
talkum Johnson & Johnson
mendatangkan risiko.
Bedak Bayi Johnson & Johnson |
Baca berita selanjutnya pasal kes
kematian penggunaan bedak talkum Johnson & Johnson dan penggunaan
shower to shower juga dari jenama yang sama. Pada 24 Februari 2016, kita
dikejutkan dengan berita gempar bila mana Syarikat
Johnson & Johnson telah diperintahkan untuk membayar $72 juta (RM294 juta) setelah kematian seorang wanita
akibat kanser didapati terkait dengan produk keluarannya.
Laporan dari Metro.co.uk menyebut, Jacqueline Fox mati akibat kanser ovari yang didapati berkait dengan penggunaan produk talkum Baby Powder dan Shower to Shower yang digunakan oleh Fox selama beberapa dekad. Juri mendapati Johnson & Johnson bertanggungjawab terhadap penipuan, kecuaian dan konspirasi, kata peguam keluarga Fox.
Shower to shower Johnson & Johnson |
Johnson & Johnson menghadapi tuduhan bahawa syarikat tersebut, dalam usaha untuk meningkatkan jualan, gagal selama beberapa dekad untuk memberi amaran kepada pengguna bahawa produk Johnson & Johnson yang berasaskan talkum boleh menyebabkan kanser.
Fox telah menggunakan produk Baby Powder Johnson & Johnson dan Shower to Shower untuk tujuan kebersihan feminin selama lebih dari 35 tahun sebelum dia didiagnosis dengan kanser ovari tiga tahun lalu. Fox meninggal dunia pada Oktober pada umur 62 tahun. Sumber: Johnson & Johnson bayar RM294 juta, http://nypost.com & http://metro.co.uk/
Jadi, ternyata benar dan terbukti bedak talkum bayi jenama Johnson &
Johnson amat bahaya digunakan. Risikonya boleh menyebabkan kanser ovari seperti mana berlaku terhadap Fox. Mulai
hari ini, apa-apa sahaja produk yang kita gunakan khasnya produk bayi hendaklah
kita selidiki dulu akan kandungan dan keselamatannya.
UPDATE TERKINI (11 MAC 2016)
Bedak talkum Johnson & Johnson bebas bahan penyebab kanser
Formulasi bedak talkum yang dipasarkan
di Malaysia oleh syarikat Johnson & Johnson mematuhi keperluan yang
ditetapkan dalam Garis Panduan Kawalan Produk Kosmetik di Malaysia. Ketua
Pengarah Kesihatan berkata, bedak talkum diperbuat daripada talkum yang juga
dikenali sebagai 'hydrated magnesium silicate' yang wujud secara semulajadi.
"Talkum boleh dikelaskan kepada
gred industri dan gred kosmetik atau farmaseutikal dan talkum gred kosmetik
atau farmaseutikal lazimnya lebih tulen dan tidak mengandungi asbestos (bahan
yang dipercayai boleh menyebabkan kanser)," katanya.
Menurut beliau, talkum tidak
disenaraikan sebagai bahan larangan di dalam formulasi produk kosmetik dan
digunakan dalam sesuatu sediaan kosmetik kerana mempunyai ciri seperti menyerap
kelembapan, agen pelincir, agen penyejuk dan agen pembawa bahan pewangi.
Terdapat satu kajian kohort propektif
daripada Women’s Health Initiative (WHI), yang mendapati tiada kaitan antara
penggunaan talkum kosmetik dan risiko kanser ovari. sumber
No comments:
Post a Comment