Maksud Perjanjian TPPA | TPPA dikenali sebagai Perjanjian Perkongsian
Trans-Pasifik. Ketahui apakah perjanjian TPPA dan negara anggota TPPA
ini. Mengapa Malaysia ingin turut serta dalam perdagangan bebas seperti mana termaktub dalam perjanjian TPPA.
Apa Itu Perjanjian TPPA
Nama penuh TPPA adalah
Trans Pacific Partnership Agreement. TPPA merupakan perjanjian yang melibatkan
12 buah negara yang tertumpu pada ekonomi. Dalam perjanjian TPPA, kesemua
negara yang menjadi anggota TPPA bebas berdagang dalam 12 senarai negara yang
mempersetujui perjanjian TPPA. Malaysia salah satu negara yang turut serta
dalam TPPA.
Ini bermakna,
Malaysia bakal menjalankan perdagangan bebas di negara lain yang ambil bahagian
dalam perjanjian TPPA. Begitu juga negara lain yang menganggotai TPPA, mereka
juga bebas berdagang masuk ke dalam Malaysia.
Gambar TPPA Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik |
Menerusi perdagangan bebas, ianya banyak memberi kebaikan. Salah satunya, meningkatan pendapatan negara dan meningkatkan pelaburan masuk ke negara kita. Tapi jangan lupa, TPPA juga boleh memberi impak negatif, mendatangkan keburukan pada pihak lain.
Senarai 12 Negara Terlibat Perjanjian TPPA
Perjanjian
perdagangan bebas di antara negara anggota TPPA iaitu negara Amerika Syarikat, Malaysia,
Australia, Brunei, Kanada, Chile, Jepun, Mexico, New Zealand, Peru, Singapura
dan Vietnam.
Proses menandatangani perjanjian TTPA yang melibatkan 12 buah negara |
Sebab Mengapa Perjanjian TPPA Ditubuhkan
Tujuan Perjanjian TPPA dibuat untuk menyediakan ruang dagangan sebebas
mungkin dari mana-mana tarif, di samping mewujudkan set kuota perdagangan
timbal balik.
TPPA merupakan
perjanjian perdagangan bebas yang dipersetujui bersama. Kesemua 12 negara anggota
TPPA boleh berniaga di pasaran negara ahli secara terbuka. Dengan
penerangan di atas, dah faham sikit-sikit kan maksud perjanjian TPPA, apa
itu TPPA, makna perjanjian TPPA.
Malaysia dahpun
menyatakan persetujuannya untuk turut serta. Para peniaga ambil kesempatan ini
untuk pasarkan produk, kembangkan perniagaan ke luar negara. Semoga maju jaya.
Assalamualaikum , blh x nak tau bila akk taip pasal ni ?
ReplyDeleteartikel dipublish pada februari 2016
Delete