Ads GA Leaderhead

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3

Sinopsis Tundukkan Playboy Itu drama adaptasi novel karya penulis Anjell | Drama TV3 Tundukkan Playboy Itu kini bersiaran di kaca tv. Watak utama hero dilakonkan oleh Hafidz Roshdi mankala watak heroin pula digalas oleh Uqasha Senrose. Jom baca sinopsis drama Tundukkan Playboy Itu TV3.

Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3
Tundukkan Playboy Itu mengisahkan Harraz Naufal (Hafidz Roshdi) yang jatuh cinta pada Nurin Areesa (Uqasha Senrose). Harraz Naufal lelaki mata keranjang, sukakan wanita yang seksi dan cantik! Tapi terjatuh hati pula pada perempuan bertudung.

Harraz Naufal memberi amaran jika Nurin Areesa ingin kerja di situ dia harus membuka tudung! Barulah dia diterima bekerja ditempatnya. Lelaki kaya yang angkuh itu memberi peringatan pada Nurin Areesa.

Nurin Areesa yang selamba badak meninggalkan syarikat itu. Mungkin jawatan arkitek itu bukan rezekinya. Mamat berlagak itu terlalu sombong. Mungkin doa ini sesuai supaya Harraz tahu bumi yang dia hidup ini bukannya milik dia seorang!

“Saya berdoa semoga encik jatuh cinta dan berkahwin dengan perempuan bertudung nanti.” - NURIN AREESA

Bagaikan dimakbulkan pula doa Nurin itu. Hanya kerana mata, Harraz terpaut dengan seorang model misteri yang bertudung. Sampai termimpi-mimpi Harraz dibuatnya sedangkan dia tak pernah tahu rupa paras sebenar gadis itu. Hanya kerana panahan mata, jiwa buaya Harraz serius tertunduk. Gila! Lagi gila jiwanya dengan kerenah Nurin yang sering buatkan dia jadi bukan dirinya.

Datang pula mummy Harraz bertemu dengan Nurin. Permintaannya buatkan Nurin terlopong tiga saat. “Tundukkan Harraz. Tundukkan playboy itu.” – PUAN SRI ROSELL

Tundukkan Harraz? Mampukah Nurin? Dan akan tertundukkah Harraz hanya kerana Nurin? Nak tahu kisah selanjutnya? Ikuti drama bersiri Tundukkan Playboy Itu di TV3.

Gambar Drama Tundukkan Playboy Itu TV3
Sinopsis Drama Tundukkan Playboy Itu TV3, drama adaptasi novel Tundukkan Playboy Itu slot akasia tv3, sinopsis dan gambar novel novel Tundukkan Playboy Itu
Drama TV3 Tundukkan Playboy Itu lakonan Uqasha dan Hafidz Roshdi

Gambar Novel Tundukkan Playboy Itu
Sinopsis novel Tundukkan Playboy Itu, review, ulasan novel Tundukkan Playboy Itu, drama Tundukkan Playboy Itu adaptasi novel, gambar novel Tundukkan Playboy Itu, penulis novel Tundukkan Playboy Itu Anjell, novel terlaris dan popular tahun 2016, harga novel Tundukkan Playboy Itu RM29 – RM32
Anjell merupakan penulis novel Tundukkan Playboy Itu
Jangan lupa saksikan drama Tundukkan Playboy Itu Slot Akasia
Tarikh episod akhir Tundukkan Playboy Itu disiarkan: 17 Februari 2016
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 7.00 – 8.00 malam
Saluran: TV3

1 comment:

  1. Baca sinopsis..mcm menarik..
    so,today first episode..so,kita tgk dlu..
    mampu atau tidak dia memikat hati kita :)

    ReplyDelete