Permohonan Sekolah Pendidikan Khas

Permohonan Kemasukan Murid Berkeperluan Khas (MBK) Sekolah Menengah Dan Sekolah Rendah Pendidikan Khas | Ada ibu bapa yang nak daftar anak ke Sekolah Pendidikan Khas? (Sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran). Rupanya untuk masukkan anak ke Sekolah Pendidikan Khas, kena buat permohonan menerusi online. Untuk register anak sekolah pendidikan khas, ibu bapa harus mengisi borang permohonan dan lihat cara panduan permohonan yang dinyatakan dalam website tersebut.

Permohonan kemasukan murid ke sekolah pendidikan khas tidak dibuka sepanjang masa. Ianya ada tempoh tertentu. Seperti mana kita nak daftar anak ke sekolah berasrama penuh. Pengumuman untuk pendaftaran anak ke sekolah pendidikan khas akan dihebahkan menerusi media masa seperti tv biasanya saluran TV1 selalu siarkan info-info penting macam ni.

Jadi, kena alert la pengumuman penting sebegini. Pemohon yang berminat nak masuk sekolah khas boleh mengisi permohonan melalui online di http://apps8.moe.gov.my/jpkhas/permohonan/. Sebenarnya kan, aku terbaca info ni kat TV1: pendidikan vokasional untuk pendidikan khas. Terus aku search kat internet. Rupanya sekolah pendidikan khas ni ada banyak jenis, wooo baru aku tahu.

permohonan ke tingkatan 1 dan 4 sekolah pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas teknik dan vokasional, sekolah menengah pendidikan khas vokasional, sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran, senarai sekolah pendidikan khas, definisi pendidikan khas, apa itu pendidikan khas
Kredit foto Sekolah Pendidikan Khas SK Taman Cempaka, Johor.

Apa Maksud Sekolah Khas
Sekolah Khas adalah untuk murid bermasalah penglihatan dan bermasalah pendengaran.

Prasekolah Pendidikan Khas
Syarat kemasukan murid ke Program Prasekolah di Sekolah Pendidikan Khas ialah:
- murid berumur 6+ hingga 14+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain.
                                                                                     
Sekolah Rendah Pendidikan Khas
Syarat kemasukan murid sekolah rendah ke Program Pendidikan Khas ialah:
- murid berumur 6+ hingga 14+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain
Semua sekolah rendah pendidikan khas mengikuti aliran akademik. Kemudahan-kemudahan yang disediakan di peringkat sekolah rendah termasuklah asrama dan makan minum percuma. Murid yang mengikuti Program Pendidikan Khas Integrasi boleh mengikuti kurikulum kebangsaan atau kurikulum alternatif.

permohonan ke tingkatan 1 dan 4 sekolah pendidikan khas, sekolah menengah pendidikan khas teknik dan vokasional, sekolah menengah pendidikan khas vokasional, sekolah pendidikan khas masalah pembelajaran, senarai sekolah pendidikan khas, definisi pendidikan khas, apa itu pendidikan khas
Kredit foto Sekolah Pendidikan Khas SK Gangga Beruas, Perak.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas
Syarat kemasukan murid sekolah menengah ke Program Pendidikan Khas ialah:
- pelajar berumur 13+ hingga 19+ tahun
- disahkan oleh pengamal perubatan dan boleh mengurus diri tanpa bantuan orang lain

Sekolah Menengah Pendidikan Khas ada 2 jenis aliran iaitu akademik dan vokasional.

Sekolah Menengah Pendidikan Khas Teknik dan Vokasional
i) Sekolah Khas Sekolah Menengah Pendidikan Khas Persekutuan Pulau Pinang menawarkan elektif mata pelajaran vokasional (MPV) manakala Sekolah Menengah Pendidikan Khas Vokasional Shah Alam menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia.

ii) Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pendengaran Sekolah Menengah Vokasional (EAT) Azizah, Johor Baru Sekolah Menengah Teknik Langkawi, Kedah Sekolah Menengah Teknik Batu Pahat, Johor Sekolah Menengah Vokasional Bagan Serai, Perak Sekolah Menengah Teknik Tanah Merah, Kelantan Sekolah Menengah Vokasional Keningau, Sabah. Sumber: Sekolah Pendidikan Khas

Dengan perkongsian info di atas, kini kita memahami definisi pendidikan khas dan apa itu pendidikan khas. Mengetahui senarai sekolah pendidikan khas, juga sekolah menengah pendidikan khas vokasional. Ketahui apa syarat kemasukan murid ke sekolah pendidikan khas, dan jangan lupa isi borang permohonan sekolah pendidikan khas secara online.

Untuk mengetahui perkembangan dan pengumuman berkaitan permohonan penempatan murid ke sekolah menengah pendidikan khas layari laman web KPM: http://www.moe.gov.my
Ataupun jika ada sebarang pertanyaan, hubungi bahagian Pendidikan Khas di talian 03-88849152 / 9494 / 9186.


Info tentang pendidikan:

No comments:

Post a Comment