Apa Itu Dermoid Cyst

Kenali apa itu Dermoid Cyst | Maksud Dermoid Cyst ialah ketumbuhan yang wujud dalam badan seseorang sejak kecil (kongenital). Masyarakat sering mengaitkan Dermoid Cyst dengan sihir. Yang mana ianya adalah tidak benar dan salah. Ketahui apa punca, simptom dan rawatan untuk ketumbuhan Dermoid Cyst. Bagaimana cara nak kesan Dermoid Cyst dalam badan kita, juga apa kandungan yang ada dalam Dermoid Cyst ni.

Gambar Dermoid Cyst 
apa itu dermoid cyst, makna ketumbuhan dermoid cyst, punca, simptom dan rawatan dermoid cyst, cara mengesan dermoid cyst dalam badan kita, apa kandungan dalam dermoid cyst, gambar dermoid cyst
Inilah foto ketumbuhan Dermoid Cyst yang dikeluarkan dari tubuh kita

Lokasi Dan Tempat Anggota Badan Terdapatnya Dermoid Cyst
Dermoid Cyst ketumbuhan yang mampu tumbuh di mana-mana sahaja dan tidak mengira peringkat umur. Bahagian yang sering terjadi Dermoid Cyst adalah pada bahagian otak, hidung (nasal), saraf tunjang belakang dan yang paling kerap di temui adalah pada bahagian ovari wanita.

Apa Yang Ada Dalam Dermoid Cyst
Apa kandungan yang terdapat dalam kantung ketumbuhan Dermoid Cyst? Dalam ketumbuhan Dermoid Cyst ni, ia mengandungi lendir lemak, minyak, tulang, gigi atau rambut. Memandangkan ada bermacam benda dalam Dermoid Cyst ni, itulah punca utama mengapa masyarakat kita mengaitkannya dengan sihir.

Punca Dermoid Cyst Berlaku
Punca Dermoid Cyst terjadi apabila kulit dan struktur kulit terperangkap semasa tumbesaran fetus dalam kandungan. Sel sel akan menyerupai sel yang terperangkap bersama dan akan menyebabkan ia mengandungi pelbagai struktur seperti gigi, rambut, kelenjar dan sebagainya.

Tanda-Tanda Simptom Dermoid Cyst
Macam mana nak tahu jika seseorang tu ada Dermoid Cyst? Pada kebiasaanya, Dermoid Cyst ni tidak mendatangkan apa-apa simptom, dan adakalanya bagi sesetengah kes, ia mendatangkan simptom dan kesakitan. Antara simptom Dermoid Cyst yang mungkin di hadapi adalah kesukaran untuk mengandung, sakit dan bengkak pada bahagian yang terlibat, anemia dan lain-lain simtom yang kelihatan pada fizikal penghidap.

Cara Mengesan Dermoid Cyst
Macam mana nak tahu jika kita mempunyai Dermoid Cyst? Untuk mengesan ketumbuhan Dermoid Cyst dalam tubuh badan kita, kita perlu melakukan ujian radiologi seperti x ray, ultrasound, Ct scan, MRI dan sebagainya.

Cara Rawatan Dermoid Cyst
Jika kita disahkan mempunyai ketumbuhan Dermoid Cyst, apa yang perlu kita lakukan? Apakah rawatan untuk membuang Dermoid Cyst? Terdapat dua rawatan untuk kondisi ini, iaitu pembedahan dan ubatan. Kredit

Namun demikian, rawatan Dermoid Cyst yang terbaik adalah melalui pembedahan dengan membuang keseluruhan cyst ini. Penggunaan ubatan pula kurang berkesan kerana ia hanya bertindak untuk mengecutkan dan mengecilkan Dermoid Cyst dan hanya sesuai untuk cyst yang memgandungi cecair, manakala bagi cyst yang mempunyai "bahan" (gigi, rambut, lemak dan sebagainya) ubatan tidak memberikan apa-apa kesan.

Dengan penerangan serba sedikit pasal, harap masyarakat faham apa itu Dermoid Cyst, makna ketumbuhan Dermoid Cyst. Dermoid Cyst bukanlah akibat terkena sihir.

2 comments: