Cara Menjaga & Merawat Anak Chickenpox (Cacar Air)

10 Cara Menjaga Dan Merawat Anak Chickenpox (Cacar Air) | Pasti hati gundah gulana bila mendapati anak terkena serangan chicken pox atau dikenali penyakit cacar air. Kelam kabut mencari petua anak kena chicken pox, cari info penjagaan anak kena chicken pox, mengetahui apa beza demam campak vs chicken pox. Baca: BEZA DEMAM CAMPAK DAN CHICKEN POX

Chickenpox ini bukan hanya menyerang kanak-kanak, malah cacar air pada orang dewasa juga. Pasti kasihan melihat cacar air pada anak. Apakah penyebab cacar air dan bagaimanakah cara menghilangkan bekas cacar air di wajah? Baca selanjutnya.

Tanda-Tanda Anak Terkena Chickenpox (Cacar Air)
Demam dengan suhu yang tinggi serta selsema
Mata kemerah-merahan dan sensitif pada cahaya
Ruam tumbuh pada tubuh badan
Rasa miang dan gatal-gatal pada tubuh

10 Cara Menjaga Dan Merawat Anak Terkena Chickenpox (Cacar Air)
1. Bawa anak yang terkena chickenpox untuk segera berjumpa doktor
Jika ada tanda-tanda chickenpox pada badan anak, langkah pertama yang kita perlu lakukan adalah bawa anak kita untuk datang berjumpa dengan doktor. Doktor akan memeriksa dan mengesahkan jika simptom tersebut adalah chickenpox, seterusnya diberikan rawatan.

2. Beri anak minum air kelapa untuk mengubati chickenpox
Petua orang tua-tua yang sangat berkesan untuk merawat chickenpox. Air kelapa bagus diminum ketika awal terkena chickenpox kerana ia dikatakan membantu engeluarkan chickenpox tersebut ke seluruh badan. Air kelapa juga bagus dibuat mandi oleh pesakit chickenpox.

3. Kuarantin anak terkena chickenpox daripada orang lain
Anak yang terkena chickenpox (cacar air) wajib di kuarantin. Asingkan anak daripada orang lain termasuk kanak-kanak lain. Ini kerana chickenpox mudah berjangkit. Untuk mencegah hickenpox daripada merebak, kita kuarantinkan anak kita.

4. Ubat chickenpox ialah losyen calamine
Doktor akan berikan losyen calamine. Sapu losyen ini dengan kerap pada badan anak untuk mengurangkan kegatalan akibat chickenpox. Dengan losyen calamine, rawatan chickenpox (cacar air) lebih mudah dan cepat sembuh.

5. Beri paracetamol kanak-kanak jika suhu badan anak tinggi
Jika suhu badan anak tinggi akibat demam cacar air atau dikenali chickenpox, berikan sirap paracetamol kanak-kanak. Tujuannya untuk mengurangkan demam dan suhu badan anak yang panas.

cara menjaga dan merawat anak chickenpox, petua anak kena chicken pox, penjagaan anak kena chicken pox, demam campak vs chicken pox, cacar air pada orang dewasa, cara menghilangkan bekas cacar air di wajah, penyebab cacar air, cacar air pada anak
Cara menjaga anak chickenpox dan petua merawat cacar air pada anak

6. Biarkan anak menggunakan pampers atau lampin sahaja
Untuk mengelakkan badan anak kita cepat berpeluh, kita hanya pakaikan mereka pampers atau lampin sahaja. Ini kerana badan anak akan berpeluh dan panas akibat pakaian yang dipakai terlalu tebal atau panjang, pasti air peluh tadi akan menyebabkan kawasan yang terkena chickenpox (cacar air) menjadi gatal.

7. Galakkan anak untuk minum banyak air masak
Anak yang terkena serangan chickenpox pasti tiada selera makan. Bagi memastikan dia tidak mengalami dehidrasi, bagi anak minum banyak air serta makanan berbentuk cecair seperti sup, jus buah atau yogurt.

8. Kerapkan sesi penyusuan susu ibu
Kerapkan penyusuan susu ibu kerana susu ibu adalah penawar terbaik untuk anak. Dalam susu ibu terkandung banyak nutrien juga bagus untuk antibodi anak. Membantu menyembuhkan chickenpox (cacar air).

9. Elak makan makanan laut
Jangan bagi anak makan makanan laut selagi dia belum sembuh daripada chickenpox. Begitu juga bagi ibu yang menyusukan anak. Elak makan makanan laut.

10. Vitamin E hilangan kesan parut chickenpox
Selepas anak sembuh daripada chickenpox (cacar air), ia akan meninggalkan kesan parut di badan anak. Cara untuk hilangkan parut chickenpox dengan menggunakan kapsul Vitamin E menerusi cairan kapsul kemudian dan lumurkan pada parut anak. Minyak tea tree juga dikatakan boleh membantu menghilangkan parut demam cacar. Kredit:
Kalau anak diserang chickenpox ini yang patut anda lakukan

Ha, itulah 10 cara menjaga dan merawat anak chickenpox (cacar air). Mudah-mudahan penyakit chickenpoz beransur pulih. Anak-anak kembali sihat walafiat.

3 comments:

  1. terima kasih atas perkongsian

    ReplyDelete
  2. Assalammualaikum... yumida,

    terima kasih yumida..

    mselim3

    pls: bagus tips nie... baca tips nie sebab ada member opis kena chickenpop..

    ReplyDelete