Tempoh Menunggu Tuntutan Takaful SSPN-i Plus

Tempoh Menunggu Bagi Tuntutan Manfaat Takaful SSPN-i Dan SSPN-i Plus

Adakah manfaat takaful yang ditawarkan boleh dituntut serta merta? Manfaat takaful boleh dituntut serta-merta bagi kes kemalangan. Bagi kes selain daripada kemalangan, manfaat takaful akan dibayar selepas tamat tempoh menunggu seperti di bawah.

tempoh menunggu bagi tuntutan manfaat takaful sspn-i / sspn-i plus, tempoh terima tuntutan manfaat takaful, senarai 36 penyakit kritikal dilindungi takaful sspn, penyakit khusus yang dapat perlindungan takaful sspn
Kad SSPN untuk anak

Pilihan pakej SSPN untuk tabungan anak anda:

Tempoh Menunggu Bagi Tuntutan Manfaat Takaful SSPN

1. Tuntutan Takaful SSPN akibat kes kematian yang berpunca dari kemalangan untuk semua pakej SSPN-i Plus, akan diberi perlindungan serta-merta.
2. Tempoh tuntutan Takaful SSPN akibat kes kematian biasa (selain Pakej Berlian), tempoh menunggu ialah 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada. Dan mendapat perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada).



3. Manfaat takaful bagi kes kematian biasa bagi pakej berlian, tempoh menunggu tuntutan takaful SSPN ialah 3 bulan bagi sebab-sebab semulajadi.
4. Manfaat takaful bagi ilat kekal menyeluruh selain pakej berlian, tempoh menunggu tuntutan takaful SSPN-i Plus ialah 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada dan dapat perlindungan serta-merta (selain daripada keadaan sedia ada).
5. Manfaat takaful bagi kes Ilat Kekal dan Separa (Pakej Berlian sahaja), tempoh menunggu tuntutan takaful SSPN ialah 12 bulan dari tarikh kuat kuasa perlindungan bagi keadaan sedia ada.



6. Tempoh tuntutan Takaful SSPN akibat penyakit kritikal, tempoh menunggu ialah 30 hari (selain daripada penyakit sedia ada dan penyakit khusus), manakala tempoh 120 hari untuk penyakit khusus.
7. Manfaat pendapatan hospital akibat kemalangan, tempoh menunggu tuntutan takaful SSPN adalah serta-merta. Manakala untuk penyakit, tempoh menunggu adalah 30 hari daripada tarikh kuat kuasa dan 120 hari bagi penyakit khusus.

Apakah itu penyakit khusus?

Berikut adalah senarai penyakit khusus:
Hipertensi, diabetes melitus dan penyakit kardiovaskular,
Semua tumor, kanser, sista, nodul, polip, batu sistem kencing dan sistem biliary
Semua penyakit telinga, hidung (termasuk sinus) dan tekak
Hernia, hemoroid, fistula, hidrosele, varikosele
Endometriosis termasuk penyakit sistem reproduktif
Gangguan spina vertebra (termasuk cakera) dan penyakit lutut

Artikel menarik:

Senarai 36 penyakit kritikal yang dilindungi takaful SSPN

Apakah 36 penyakit kritikal yang dilindungi takaful? 36 penyakit kritikal adalah seperti yang disenaraikan di bawah:
1.    Stroke
2.    Major Organ/Bone Marrow Transplant
3.    Heart Attack
4.    Loss of Speech
5.    End Stage Kidney Failure
6.    Brain Surgery
7.    Cancer
8.    Heart Valve Surgery
9.    Coronary Artery By-Pass Surgery
10.              Terminal Illness
11.              Other Serious Coronary Artery Disease
12.              Bacterial Meningitis
13.              Angioplasty And Other Invasive Treatment For Major Corornary Artery Disease
14.              Major Head Trauma
15.              End Stage Liver Failure
16.              Chronic Aplastic Anaemia
17.              Fulminant Viral Hepatitis
18.              Motor Neurone Disease
19.              Coma
20.              Parkinson Disease
21.              Benign Brain Tumor
22.              Alzheimer's Disease/ Irreversible Organic Degenerative Brain Disorders
23.              Paralysis/ Paraplegia
24.              Muscular Dystrophy
25.              Blindess/Total Loss of Sight
26.              Surgery to Aorta
27.              Deafness/Total Loss of Hearing
28.              Multiple Sclerosis
29.              Major Burns
30.              Primary Pulmonary Arterial Hypertension
31.              HIV Due to Blood Tranfusion
32.              Medullary Cystic Disease
33.              End Stage Lung Disease
34.              Severe Cardiomyopathy Systemic Lupus
35.              Encephalitis
36.              Eryhematosus with Lupus Nephriti

Tempoh Terima Tuntutan Manfaat Takaful

Berapa lamakah tempoh yang akan diambil untuk mendapat manfaat takaful yang dituntut? Pembayaran akan dibuat dalam tempoh 14 hari bekerja dari tarikh dokumen lengkap dan diserahkan kepada pengendali takaful.

Siapakah yang boleh membuat tuntutan bagi kematian pendeposit? Waris boleh membuat tuntutan, walau bagaimanapun manfaat takaful hanya akan dibayar kepada waris yang sah sahaja.


Sekian, perkongsian bersama tentang tempoh menunggu tuntutan takaful SSPN-i Plus. Menabung dengan SSPN banyak manfaatnya. Salah satunya tawaran perlindungan takaful yang awesome macam ni. Jom menabung untuk anak. Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i***  

No comments:

Post a Comment