Punca H5N1 & Cara Selesema Burung Merebak

Punca Virus Influenza H5N1 Dan Cara Selesema Burung Merebak

Penyebab Wabak Selesema Burung - Apakah penyebab H5N1? Dari mana datang punca virus influenza H5N1? Virus influenza A merupakan virus yang menyebabkan selesema Avian. Virus influenza A diwakili oleh huruf H (Hemaglutinin) dan N (Neuramidase).

Info penting:

Apakah Yang Menyebabkan Penyakit Selesema Burung?

Selesema burung disebabkan oleh virus avian influenza (AI). Cara flu burung ini berjangkit menerusi burung, ada kalanya menerusi babi. Namun, jangkitan H5N1 jarang berlaku kepada kuda, anjing laut, ikan paus, manusia dan juga lain-lain binatang. Subtypes virus AI ada banyak jenis, salah satunya adalah H5N1.

Dari Mana Datangnya Virus H5N1?

Punca wabak selsema burung ianya datang dari virus H5N1. Virus influenza H5N1 telah wujud lebih dari seabad yang lalu dan wujud secara semulajadi dikalangan burung-burung liar yang selalunya tidak mengalami penyakit kesan dari virus tersebut.

  Virus H5N1 telah dilaporkan di beberapa negara tetapi pada masa ini aktif di China, Cambodia, Laos, Vietnam, Thailand, Indonesia, Kazakhstan, Mongolia, Russia, Turkey, Romania dan lain-lain negara.

Bagaimana Selesema Burung Merebak?

Cara H5N1 tersebar - Virus H5N1 yang dibawa oleh burung tersebar menerusi burung hijrah. Sungguhpun burung hijrah ini pembawa virus H5N1 namun, burung tersebut tidak mengalami kesan dari virus tersebut. Persinggahan dari satu tempat ke tempat lain menyebabkan kawasan persinggahannya mendapat jangkitan. Seperti jangkitan flu burung ke atas ayam, itik, angsa dan ayam belanda. Juga wabak selesema burung tersebar menerusi pergerakan unggas yang terjangkit.

punca h5n1, penyebab h5n1, cara h5n1 merebak dan tersebar, punca penyebab selesema burung, bagaimana wabak selesema burung merebak tersebar, punca flu burung
Negara diserang wabak selesema burung
Highly pathogenic H5N1
→ Negara berlakunya kematian unggas disebabkan H5N1
 → Negara-negara di mana kematian manusia dan unggas akibat H5N1

Bagaimana Unggas Mendapat Jangkitan Selesema Burung?

Unggas berpotensi besar dijangkiti H5N1 apabila terdedah dengan virus flu burung YANG terdapat dalam najis, air liur dan lelehan dari hidung unggas lain yang terjangkit. Unggas boleh dijangkiti dengan mudah apabila tersentuh dengan unggas yang mati akibat selesema burung, makanan, air, peralatan, kenderaan dan lain-lain benda yang tercemar oleh virus influenza H5N1.


Cara Mencegah Wabak Selesema Burung

Orang-orang yang bekerja dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang mengendali daging mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko jangkitan selesema burung. Langkah-langkah pencegahan untuk elak dijangkiti virus H5N1 ialah:
· Guna pakaian perlindungan yang lengkap (sarung tangan, gogal, kasut but, topeng, dan lain-lain)
· Sentiasa membasuh tangan
· Kendali daging mentah dan produk dengan bersih


Moga perkongsian tentang punca H5N1 dan cara selesema burung merebak bermanfaat buat pembaca. Jika anda seorang penternak, anda harus mengenali virus flu burung ini dengan lebih mendalam. Moga haiwan ternakan anda terhindar dari wabak selesema burung ini. 

No comments:

Post a Comment