Kesan Buruk Wabak Selesema Burung (H5N1)

Kesan Buruk Wabak Selesema Burung (H5N1) Kepada Penternak

Wabak selesema burung mendatangkan kerugian kepada penternak haiwan. Paling menakutkan, wabak selsema burung ini merebak dengan cepat. Mengakibatkan 23,768 unggas dan 881 telur dilupuskan yang membabitkan 129 premis. Wabak selesema burung atau dikenali virus Avian Influenza (H5N1) kian menular di Kelantan. Beberapa orang penternak ayam mengalami kerugian akibat jangkitan virus Avian Influenza (H5N1) pada haiwan ternakan mereka.
kesan buruk wabak selesema burung (h5n1), wabak selesema burung di kelantan, virus influenza h5n1 di kelantan malaysia, virus avian influenza, flu burung
H5N1: wabak selesema burung

Virus influenza A, virus yang menyebabkan wabak selesema burung (influenza avian).
Transmission electron micrograph of negatively stained virus particles in late passage.

Info penting:


Kesan Selesema Burung Jangkitan Virus H5N1

Kesan jangkitan virus H5N1 adalah sama seperti virus lain. Jangkitan awal menunjukkan infeksi dengan penempelan virus di permukaan sel kulit. Seterusnya, virus yang masuk itu membiak, berkembang dan bertambah banyak di dalam sel tubuh.

Wabak Selesema Burung Di Kelantan

Wabak H5N1 melanda Kelantan yang bermula di Kampung Pulau Tebu selepas kematian 15 ekor ayam kampung dan lima daripadanya didapati positif H5N1 bermula 28 Februari hingga 1 Mac 2017.

kesan buruk wabak selesema burung (h5n1), wabak selesema burung di kelantan, virus influenza h5n1 di kelantan malaysia, virus avian influenza, flu burung
Negara diserang wabak selesema burung
Highly pathogenic H5N1
Merah → Negara berlakunya kematian unggas disebabkan H5N1
 Merah gelap → Negara-negara di mana kematian manusia dan unggas akibat H5N1

Secara keseluruhan, sehingga 17 Mac, 28 lokasi disahkan positif virus H5N1 di enam kawasan iaitu Kota Bharu (14 lokasi), Pasir Mas (enam lokasi), Tumpat (tiga lokasi), Tanah Merah (satu lokasi), Bachok (satu lokasi) dan Pasir Puteh (tiga lokasi), membabitkan 43 premis.

15 Mac 2017, kerajaan negeri Kelantan mengisytiharkan wabak selesema burung (H5N1) sebagai bencana negeri selepas beberapa ekor ayam kampung mati akibat wabak berkenaan. – Astro Awani: virus influenza h5n1


Penternak Rugi Disebabkan Wabak Selesema Burung

Seorang penternak ayam dan itik mengalami kerugian kira-kira RM460,000 selepas ribuan unggas miliknya termasuk telur itik terpaksa dimusnahkan akibat wabak selesema burung atau virus Avian Influenza (H5N1).

Pasti kasihan melihat penternak tersebut, yang mengalami kerugian ratusan ribu ringgit akibat virus H5N1 ni. Rugi sekelip mata! Berat mata memandang, berat lagi bahu memikulnya. Dugaan yang besar dihadapi mereka. bayangkan modal yang diusahakan untuk ternakannya, berhabisan ribuan ringgit, tiba-tiba diduga dengan kemusnahan sebegitu.

Bolehkah Virus H5N1 Berjangkit Kepada Manusia?

Virus avian influenza biasanya tidak akan menjangkiti manusia tetapi orang boleh terjangkit apabila sentiasa bersentuhan rapat dengan unggas terjangkit dan najisnya. Hanya 140 kes yang dilaporkan pada manusia, kebanyakkannya di Asia Tenggara (Vietnam, Thailand, Indonesia, Cambodia dan China) dengan 70 kematian, walaupun jangkitan ini tersebar luas pada unggas dan burung liar.

kesan buruk wabak selesema burung (h5n1), wabak selesema burung di kelantan, virus influenza h5n1 di kelantan malaysia, virus avian influenza, flu burung
Virus influenza H5N1
Colorized transmission electron micrograph of H5N1 (golden) grown in Madin-Darby canine kidney cells (green). Kredit: H5N1 wikipedia & apa itu selesema burung

Wabak Selesema Burung: Adakah Daging Ayam Selamat Untuk Dimakan?
Daging ayam itik dan telur yang dikeluarkan secara komersial di negara ini adalah selamat untuk dimakan. Kes yang terjadi di negara kita adalah terhad kepada ayam yang lepas bebas. Malah tidak ada bukti bahawa dengan memakan daging ayam itik dan telur boleh menyebabkan penyakit selesema burung, namun adalah wajar daging dan telur dimasak secukupnya. Produk mentah perlu dikendalikan secara bersih terutama di tempat berlakunya wabak.


Kesan buruk wabak Selesema Burung (H5N1) sememangnya mendatangkan masalah dan kerugian pada penternak. Virus influenza H5N1 masih panas lagi di Kelantan. Harap pihak Jabatan Veteriner dapat membendung virus ini dari menular ke tempat lain. Setakat ini tiada kes jangkitan dikesan di kalangan manusia dan ayam pedaging serta telur yang dimasak adalah selamat untuk dimakan. Syukur…lega mendengarnya. Orang ramai diminta untuk melaporkan kepada Jabatan Veterinar yang terdekat jika ada apa-apa kejadian kematian ayam.

No comments:

Post a Comment