Ads GA Leaderhead

Panduan tingkatkan follower IG & letupkan jualan di Instagram
Bisnes laku keras!! Cara import barang dari China secara online
Suka main internet? Jom jana income LUMAYAN Fiverr melalui online je
Rahsia LULUS subjek MUET dengan cemerlang
Anak sudah lancar membaca sebelum masuk tadika! Praktikkan tips ini buat anak bijak & pintar..
Ikuti tips ini untuk LULUS interview SPA dapat kerja kerajaan

Gejala, Simptom & Tanda-Tanda Influenza ILI

Gejala, Simptom Dan Tanda-Tanda Wabak Influenza ILI

Apakah tanda-tanda dijangkiti wabak influenza ILI? Influenza-like illness ILI. Macam mana nak tahu kalau kita mendapat jangkitan influenza ILI? Apa simptom yang dihadapi oleh pesakit influenza ILI? Sebelum tu, mari kita kenal tentang wabak influenza ILI yang hangat diperkatakan. Influenza-like illness (ILI) dalam bahasa melayu dipanggil gejala penyakit serupa influenza (ILI). Wabak influenza ILI dikaitkan dengan jangkitan pernafasan akut (acute respiratory infection - ARI) dan menunjukkan simptom seperti selsema.

Ketahui lebih terperinci influenza like illness (ILI)

gejala influenza ili, simptom demam selesema influenza ili, tanda-tanda flu virus influenza ili
Kenali gejala influenza ili

Gejala Demam Selsema Influenza ILI

ILI merupakan jangkitan dengan gejala utama seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan. Pasti meresahkan pesakit. Sudahlah demam, selsema pula, sakit otot lagi, sakit sendi, rasa letih sepanjang hari. Rasa macam dah tua dah.

Mangsa Wabak Influenza ILI Di Malaysia

Kes jangkitan wabak influenza ILI di Malaysia mengesahkan pelajar sekolah di Perak mendapat jangkitan influenza ILI. Sejumlah 24 kes baharu penyakit seperti influenza (ILI) dilaporkan di Perak pada 11 Mac 2017. Namun, bilangan pesakit wabak influenza ILI telah meningkat. Dilaporkan seramai 216 pelajar di tiga sekolah dikesan menghidap influenza ILI. Sumber: mangsa wabak influenza ili



Wabak influenza ILI dipandang serius sebab ia boleh merebak dengan cepat dan mudah. Ia sukar dikawal. Virus dan bakteria merupakan agen penyebaran wabak influenza ILI. Sebab itu, bila seseorang mendapat jangkitan wabak influenza ILI, mereka akan disuruh berehat di rumah. Diasingkan dari orang ramai. Bagi mengelakkan lebih banyak jangkitan demam selsema virus influenza ILI.

Lagi merisaukan bila terjadinya di tempat rumah orang-orang tua, tempat asuhan kanak-kanak, taska dan sebagainya. Sebab antibodi kanak-kanak dan orang tua tidak kuat, mudah mendapat jangkitan virus influenza ILI sewenangnya. Lebih teruk lagi bila ia menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).


Peranan ibu bapa amat penting dalam menjaga kesihatan anak mereka. Bila lihat anak menunjukkan gejala, simptom dan tanda-tanda wabak influenza ILI, bawa anak berjumpa doktor untuk dapatkan rawatan. Kemudian, suruh anak berehat di rumah sehingga sembuh. Bila dah baik, dah pulih dari demam selsema influenza ili baru benarkan anak pergi ke sekolah. Sikap ambil berat ibu bapa dapat mengawal penularan wabak influenza ili.

No comments:

Post a Comment