Apa Itu H5N1 Dan Cara Rawatan Wabak Selesema Burung
Apa
itu wabak selesema burung virus influenza H5N1? Maksud
virus influenza H5N1: Wabak selesema burung ini merupakan penyakit berjangkit
yang disebabkan virus bernama avian influenza. Ada yang memanggilnya flu
burung. Selesema burung ialah penyakit berjangkit yang boleh menjejaskan
kesihatan dan menyebabkan kematian terutama kepada burung-burung domestik
seperti ayam, angsa, itik dan ayam belanda.
H5N1: wabak selesema burung |
Virus influenza A, virus yang
menyebabkan wabak selesema burung (influenza avian).
Transmission electron micrograph of
negatively stained virus particles in late passage.
Info penting:
Kes pertama H5N1 berlaku di Hong Kong
pada tahun 1997. Memandangkan penyakit ini merbahaya kerana boleh merebak
dengan cepat, ia telah diisytiharkan pada fasa pandemik (penularan yang cukup
luas) oleh Organisasi Kesihatan Dunia WHO.
Pada awalnya, wabak selsema burung hanya
terjadi pada haiwan. Namun, terdapat kes jangkitan virus influenza H5N1 pada
manusia. Para pengkaji rasa khuatir andai kata virus H5N1 dapat bermutasi
menjadi bentuk yang dapat menular dengan mudah dari manusia ke manusia,
meskipun sehingga sekarang belum lagi pernah berlaku. Ini kerana mutasi seperti
itu pernah terjadi ketika virus H2N2 berevolusi menjadi strain flu Hong Kong
H3N2.
Cara Merawat H5N1 Mangsa Wabak Selesema Burung
Bagaimana merawat mangsa wabak flu
burung? Apakah adanya rawatan kes H5N1? Menurut pembacaan saya menerusi artikel
ini ‘flu burung
h5n1’ ubat yang digunakan untuk virus H5N1 ialah antivirus oseltamivir dan zanavir.
Dos ubat juga bergantung pada berat badan pesakit tersebut.
Flu burung |
Colorized transmission electron micrograph
of H5N1 (golden) grown in Madin-Darby canine kidney cells (green). Kredit: H5N1 wikipedia & apa
itu selesema burung
Kesan Buruk Wabak Selesema Burung (H5N1) Kepada Penternak
Wabak selesema burung mendatangkan
kerugian kepada penternak haiwan. Paling menakutkan, wabak selsema burung ini merebak
dengan cepat. Mengakibatkan 23,768 unggas dan 881 telur dilupuskan yang
membabitkan 129 premis. Wabak selesema burung atau dikenali virus Avian
Influenza (H5N1) kian menular di Kelantan. Beberapa orang penternak ayam mengalami
kerugian akibat jangkitan virus Avian Influenza (H5N1) pada haiwan ternakan mereka.
Cara Mencegah Wabak Selesema Burung
Orang-orang yang bekerja
dikalangan burung dan ayam itik, di rumah sembelih dan yang mengendali daging
mentah dan baja (najis ayam) menghadapi risiko jangkitan selesema burung.
Langkah-langkah pencegahan untuk elak dijangkiti virus H5N1 ialah:
· Guna pakaian perlindungan yang
lengkap (sarung tangan, gogal, kasut but, topeng, dan lain-lain)
· Sentiasa membasuh tangan
· Kendali daging mentah dan
produk dengan bersih
Kini kita sudah tahu apa itu H5N1 dan cara rawatan wabak
selesema burung. Jika berlaku kematian secara tiba-tiba pada ayam
peliharaan anda, anda dikehendaki untuk melaporkan perkara tersebut kepada
Jabatan Veterinar. Agar siasatan mengenal pasti punca kematian dilakukan. Adakah
ianya disebabkan H5N1 ataupun bukan.
No comments:
Post a Comment