Ads GA Leaderhead

Panduan tingkatkan follower IG & letupkan jualan di Instagram
Tahniah! Usaha anda untuk mengandung telah tercapai..dengan mengamalkan tips ini. Selamat menjadi ibu!!
PANDUAN VIDEO SEO: Lebih ramai viewers! Lebih tinggi tontonan! Lumayan beb buat duit $$$ dengan YouTube!!!
Bisnes laku keras!! Cara import barang dari China secara online
Suka main internet? Jom jana income LUMAYAN Fiverr melalui online je
Rahsia LULUS subjek MUET dengan cemerlang
Anak sudah lancar membaca sebelum masuk tadika! Praktikkan tips ini buat anak bijak & pintar..
Ikuti tips ini untuk LULUS interview SPA dapat kerja kerajaan

Simptom H5N1 & Tanda-Tanda Selesema Burung

Simptom H5N1, Gejala Flu Burung Dan Tanda-Tanda Selesema Burung Pada Haiwan Dan Manusia

Macam mana nak tahu haiwan ternakan kena jangkitan H5N1? Apa tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas? Apa simptom flu burung pada ayam dan itik? Lambat mengesan simptom wabak selsema burung pada haiwan ternakan menyebabkan haiwan peliharaan mati secara tiba-tiba. Oleh itu, mengetahui lebih awal gejala virus influenza H5N1 adalah sangat penting.

Info penting:

simptom h5n1, gejala flu burung, tanda-tanda selesema burung pada haiwan dan manusia, tanda penyakit selesema burung pada unggas
H5N1: wabak selesema burung
Virus influenza A, virus yang menyebabkan wabak selesema burung (influenza avian).
Transmission electron micrograph of negatively stained virus particles in late passage.

Tanda-Tanda Jangkitan Selesema Burung Pada Unggas

Berikut merupakan tanda-tanda penyakit selesema burung pada unggas:
· Unggas yang dijangkiti flu burung akan murung dan kurang selera
· Batuk, bersin dan lelehan dari hidung


· Bengkak di kepala, balung, pial dan kaki
· Balung, pial dan kaki berubah warna kepada ungu
· Cirit berwarna kehijauan
· Pengeluaran telur jatuh
· Dalam kes yang teruk, berlakunya kematian mengejut pada unggas dan kadar kematian tinggi akibat wabak selesema burung

Simptom H5N1 Pada Manusia

Seseorang yang mendapat jangkitan virus influenza avian akan mengalami tanda-tanda flu burung, yang mana mendapat jangkitan pada saluran pernafasan.
- Demam kuat dengan suhu badan melebihi 38 darjah celcius
- Sakit kepala
- Sakit kerongkong atau sakit tekak
- Batuk
- Selesema
- Sakit otot
- Sesak nafas
Timbul radang paru-paru, pneumonia, jika dibiarkan tanpa rawatan akan menyebabkan kematian.


Ketahui simptom H5N1 dan tanda-tanda selesema burung, moga haiwan ternakan anda tidak mengalami gejala flu burung. Kes selesema burung di Malaysia, mencatatkan negeri Kelantan merupakan negeri pertama yang dijangkiti oleh wabak selesema burung ini. Yang mana mengakibatkan penternak ayam mengalami kerugian ratusan ribu ringgit. 

No comments:

Post a Comment