Hadiah Pemenang Cabutan Wow SSPN-i Plus

Hadiah Pemenang Cabutan Wow SSPN-i Plus

Lumayan betul hadiah Cabutan Wow SSPN-i Plus! Untungnya siapa yang terpilih jadi pemenang Cabutan Wow SSPN-i Plus. Lebih 300 hadiah bernilai RM1,500,000 untuk dimenangi! Apa syarat menyertai Cabutan Wow SSPN-i Plus? Jom baca kat bawah.

hadiah cabutan wow sspn-i plus tahunan dan suku tahun, syarat penyertaan cabutan wow sspn-i plus, pemenang cabutan wow sspn-i plus 2017
Jom menang hadiah Cabutan Wow SSPN-i Plus 

Syarat-Syarat Penyertaan Cabutan Wow SSPN-i Plus

Terbuka kepada semua pendeposit SSPN-i Plus yang membuka akaun dan mengekalkan akaun dalam tempoh promosi. Setiap RM50 layak mendapat satu cabutan tanpa mengira pakej. Penyertaan adalah automatik. PTPTN berhak membatalkan sebarang penyertaan tanpa sebarang notis, sekiranya pendeposit didapati tidak layak dan melanggar syarat yang telah ditetapkan.

Kakitangan PTPTN dan ahli keluarga (termasuk pasangan dan anak-anak) serta kakitanan Hong Leong MSIG Takaful (HLMT) tidak layak menyertai Cabutan Wow SSPN-i Plus. *Tertakluk kepada terma dan syarat. **PTPTN berhak menukar hadiah dengan nilai yang setara tanpa makluman kepada pelanggan.

Artikel menarik:

Hadiah Cabutan Wow! SSPN-i Plus Tahunan

Hadiah Pertama x 1 Proton Perdana 2.4L
Hadiah Kedua x 3 Toyota Vios TRD Sportivo
Hadiah Ketiga x 5 Motorsikal Kawasaki ER-6f
Saguhati x 250 Wang tunai bernilai RM2,000


Pilihan pakej SSPN untuk tabungan anak anda:

   Hadiah Cabutan Wow! SSPN-i Plus Suku Tahun

Siri cabutan pertama untuk tempoh promosi bermula 1 Julai 2016 sehingga 30 September 2016. Hadiah Utama adalah Honda Jazz 1.5L untuk 1 pemenang manakala hadiah Saguhati iaitu wang tunai RM2,000 untuk 20 pemenang.

Siri cabutan kedua untuk tempoh promosi bermula 1 Oktober 2016 hingga 31 Disember 2016. Hadiah Utama ialah Honda Jazz 1.5L untuk seorang pemenang dan hadiah saguhati berbentuk wang tunai RM2,000 untuk 20 pemenang.

Siri cabutan ketiga untuk tempoh promosi bermula 1 Januari 2017 sehingga 31 Mac 2017. Hadiah Utama adalah kereta Honda Jazz 1.5L untuk 1 pemenang dan Saguhati: Wang tunai RM2,000 untuk 20 pemenang.

Yang siri pertama dengan kedua dah berlalu. Sekarang kita tunggu pengumuman pemenang Cabutan Wow SSPN-i Plus bagi siri cabutan ke-3 yang mana tempoh promosi dia sampai hujung bulan ni.


Geram pulak nengok senarai hadiah pemenang Cabutan Wow SSPN-i Plus. Sayangnya, akaun SSPN-i tak dapat masuk. Hanya dikhaskan untuk akaun simpanan SSPN-i Plus sahaja. Yang mana SSPN-i Plus memerlukan komitmen serendah RM30 sebulan. Jadi, kalau anda berkeinginan nak memenangi salah satu hadiah Cabutan Wow SSPN-i Plus, jom buatkan akaun SSPN-i Plus untuk anak. Sambil menyimpan, boleh berpeluang menang kereta dan wang tunai. Best! Best!! Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i***

No comments:

Post a Comment