Punca Wabak Influenza ILI
Apakah punca penyebaran wabak influenza
ILI? Influenza-like illness ILI. Wabak influenza ILI tersebar menerusi virus
dan bakteria. Namun, seringkali orang ramai tersalah anggap kerana beranggapan
punca influenza ILI tersebar menerusi makanan dan minuman.
Ketahui lebih terperinci influenza
like illness (ILI)
Bagaimana demam selsema influenza ili tersebar |
Cara Wabak Influenza ILI Merebak
Memandangkan wabak influenza ILI
tersebar menerusi virus dan bakteria, jadi ia sangat sukar dikawal. Jangkitan
mudah berlaku. Seperti mana yang telah berlaku sekolah di Perak. Sejumlah 24
kes baharu penyakit seperti influenza (ILI) dilaporkan di Perak pada 11 Mac
2017. Namun, bilangan pesakit wabak influenza ILI telah meningkat. Dilaporkan seramai
216 pelajar di tiga sekolah dikesan menghidap influenza ILI. Jadi, kita dah
tahu yang wabak influenza ILI ni senang berjangkit dan tersebar. Ketahui
bagaimana cara wabak influenza ILI merebak.
Cara wabak influenza ILI tersebar menerusi
perkongsian peralatan diri seperti tuala, tangan yang kotor dan tersentuh objek
yang tercemar dengan virus atau bakteria. Sebab itulah kita sering disarankan
agar sentiasa cuci tangan. Cuci tangan sebersihnya menggunakan sabun, lagi
bagus kalau sabun tu bersifat anti-bakteria contoh macam dettol, protex,
lifebuoy dan sebagainya.
Demam Selsema Influenza ILI Mudah Berjangkit
Tahukah anda, jika musim demam selsema
melanda, anda akan mudah berjangkit bila berada di tempat yang ramai orang. Macam
wabak influenza ILI ni memang sangat mudah tersebar! Tempat-tempat yang ramai
orang seperti di sekolah, asrama, tempat kerja tertutup, institusi latihan, taska,
tempat permainan kanak-kanak, serta kem-kem tentera dan polis.
Oleh itu, mereka yang dijangkiti wabak
influenza ILI di asrama sekolah diasingkan daripada mereka yang sihat supaya ia
tidak menular secara meluas. Mereka yang tidak sihat juga tidak digalakkan datang
bekerja atau bersekolah. Kebanyakan kluster ILI yang dilaporkan sebelum ini
adalah disebabkan virus influenza bermusim antara lainnya meliputi Influenza A (H1N1),
Influenza A (H3N2) ataupun Influenza B.
Wabak yang disebabkan virus influenza
bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa
tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan
risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang
mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).
So dah tahu apa punca dan cara wabak influenza ILI merebak, maka ambillah langkah
berwaspada. Jika musim wabak influenza ili melanda di sesuatu tempat,
gunakanlah topeng penutup mulut dan hidung. Pakai mask tu, sebagai langkah
pencegahan.
No comments:
Post a Comment