Ads GA Leaderhead

Panduan tingkatkan follower IG & letupkan jualan di Instagram
Tahniah! Usaha anda untuk mengandung telah tercapai..dengan mengamalkan tips ini. Selamat menjadi ibu!!
PANDUAN VIDEO SEO: Lebih ramai viewers! Lebih tinggi tontonan! Lumayan beb buat duit $$$ dengan YouTube!!!
Bisnes laku keras!! Cara import barang dari China secara online
Suka main internet? Jom jana income LUMAYAN Fiverr melalui online je
Rahsia LULUS subjek MUET dengan cemerlang
Anak sudah lancar membaca sebelum masuk tadika! Praktikkan tips ini buat anak bijak & pintar..
Ikuti tips ini untuk LULUS interview SPA dapat kerja kerajaan

Resepi Asam Pedas Sayur Keladi Sarawak

Cara Masak Resepi Asam Pedas Sayur Keladi Sarawak

Masak sayur keladi? Wow sedapnya! Sayur keladi makanan kegemaran saya! Eh susah nak jumpa orang jual keladi. Bila dapat beli batang keladi, mak ai gembiranya! Dalam kepala dah mikir resepi asam pedas keladi. Tapi kali ni, saya nak share cara orang Sarawak masak keladi. Cara saya la. Jom lihat cara-cara membuat masakan asam pedas sayur keladi Sarawak.

resepi sayur keladi sarawak, asam pedas keladi, resepi sayur pedas batang keladi, bahan-bahan dan cara masak resepi asam pedas sayur keladi sarawak, video cara masak resepi asam pedas keladi
Asam Pedas Sayur Keladi Sarawak

Bahan-Bahan Memasak Asam Pedas Sayur Keladi Sarawak

3 ulas bawang merah
3 ulas bawang putih
5 biji cili kering (kalau nak pedas lagi, tambah banyak cili padi)
Batang keladi (saya beli sebungkus RM2 orang jual - keladi yang dah dibuang kulitnya dan dihiris)
1 serai
Ikan bilis



Belacan 2 inci
Asam jawa (nak guna asam keping pun boleh)
Santan peket

Cara Membuat Asam Pedas Sayur Keladi Sarawak
1. Cuci keladi yang dah dihiris tu sebersihnya, kemudian toskan.
2. Masak air dalam kuali, tujuan untuk celurkan keladi nanti. Bila air dah mendidih masukkan sayur keladi. Biar sehingga batang keladi layu. Dah siap layu, toskan.
3. Tumbuk cili kering, bawang merah, bawang putih, ikan bilis, serai dan belacan.



4. Panaskan minyak dalam kuali untuk menumis bahan rencah. Bila minyak panas, masukkan perencah dan tumis hingga kekuningan. Masukkan air, kemudian masukkan keladi.
5. Masukkan santan peket yang dah dicairkan, masukkan air asam jawa dan garam. Biarkan seketika hingga mendidih.
6. Bila sayur dah sebati dengan rencah, padamkan api gas. Siap!

Video Cara Masak Asam Pedas Sayur Keladi Sarawak

Untuk lihat cara memasak lebih terperinci, boleh follow cara buat resepi asam pedas sayur keladi Sarawak di sini: PANDUAN MEMASAK ASAM PEDAS KELADI SEDAP DAN MUDAH

Baca resepi asam pedas sayur keladi Sarawak ni buat saya telan air liur. Rasa tengo’ nak makan oi! Nyaman na juak sayo keladi eh. Rasa belalak makan asam pedas keladi. Cun rasa masinnya, pedasnya, masamnya. Hmmm yummy eh! Yang nak memikat hati mak mertua tu, boleh la try masak asam pedas sayur keladi Sarawak. Bawak sebagai ole-ole. Buah tangan dari bakal menantu kesayangan. Confirm mak mertua terpikat! 

No comments:

Post a Comment