Hujan Ribut Di Pasar Mukah, Sarawak

Hujan Ribut Di Pasar Mukah, Sarawak

Julai 2016, sempat merakam video hujan lebat beserta angin kuat berlaku di Pasar Mukah. Habis kebasahan kami, even berada dalam tandas awam. Tempias angin begitu kuat! Tiupan angin menderu-deru. Pintu tandas terhempas kuat! Baldi penjual ikan sekitar Pasar Mukah terpelanting masuk dalam sungai Mukah. Perahu tambang terkandas, ditiup angin kuat, tersadai di tepi sungai, sehinggalah hujan reda, baru perahu tambang berjaya sampai ke jeti.

hujan ribut di pasar mukah, sarawak, pasar mukah jual ikan segar, udang fresh
Hujan lebat beserta angin kencang di Pasar Mukah, Sarawak pada Julai 2016

Terperangkap Akibat Hujan Lebat Pasar Mukah

Penumpang diturunkan selepas cuaca buruk kembali reda. Menakjubkan! Sedangkan kami yang dalam tandas kegelisahan menyaksikan cuaca buruk, angin kuat, inikan penumpang dalam perahu tambang yang tersadai di tepi sungai. Alhamdulillah, semuanya kembali OK dan tiada perkara buruk berlaku. Sempat tengok kapal besar, tongkang lalu..


Masa tu, ramai yang berlindung sekitar pasar ikan Mukah, juga di tandas awam Mukah. Angin sangat kuat. Kanvas payung pun sampai tercabut. Ingat nak cover la tempias hujan yang kuat tu, sekali nah..datang angin kencang, payung pun tak mampu nak melawan tiupan angin kuat.


Pasar Mukah Jual Ikan Segar, Udang Fresh!

Siapa tak seronok shopping kat Pasar Mukah. Macam-macam ikan ada. Ikan tongkol, ikan yu, ikan pari, udang apek, udang fresh-fresh! Kami selalu beli ikan kecil-kecil dalam kuantiti banyak, sebab nak bagi kucing makan. Ikan sebarang dijual RM5 sekilo. Untung la kucing kat rumah, dapat merasa ikan laut. Poyo betul kucingku kat rumah. Tak dipandangnya biskut ikan ‘whiskas’. Wokeh tu je la story aku, actually nak share je video time ribut tu. Nak tengok? Meh ke sini: DI SAPA HUJAN LEBAT & ANGIN KENCANG DI PASAR MUKAH 

No comments:

Post a Comment