Penutupan Akaun & Pengeluaran SSPN

Penutupan Akaun Dan Pengeluaran SSPN

Bagaimana cara menutup akaun SSPN-i dan SSPN-i Plus? Apa proses untuk pengeluaran wang simpanan SSPN? Skim Simpanan Pendidikan Nasional terbahagi kepada 2 iaitu SSPN-i dan SSPN-i Plus. SSPN kaedah terbaru menabung untuk anak. Menabung hari ini untuk pulangan hebat di masa hadapan. Pelajaran anak-anak juga terjamin.

pengeluaran sspn, cara penutupan akaun sspn-i dan sspn-i plus, penutupan akaun sspn bagi kematian pendeposit sspn-i, tutup akaun sspn bagi penerima manfaat meninggal dunia
Menabung dengan SSPN sangat berbaloi dan menguntungkan! Miliki kad SSPN hari ini!

Artikel menarik:

Syarat Pengeluaran SSPN

Adakah simpanan SSPN boleh dikeluarkan pada bila-bila masa? Apakah syarat pengeluaran wang simpanan SSPN? Simpanan hanya boleh dikeluarkan selepas 3 tahun dari tarikh pembukaan akaun dan jumlah minimum yang perlu ada di dalam akaun adalah sebanyak RM1,000. Selepas tempoh 3 tahun tersebut, pendeposit boleh membuat pengeluaran pada bila-bila masa dan masih tertakluk dengan syarat baki minimum yang ditetapkan.


Penutupan Akaun SSPN

Sekiranya pendeposit telah menutup akaun, adakah perlu menunggu tempoh tertentu untuk pembukaan akaun baharu? Tidak. Pendeposit boleh membuka akaun baharu tanpa perlu menunggu tempoh tertentu. Walau bagaimanapun, penyertaan semula dianggap baharu dan pendeposit akan menerima Sijil Takaful baharu dengan tempoh perlindungan yang baharu.

Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah akaun akan ditutup secara automatik? Akaun akan ditutup setelah mendapat makluman kematian daripada pendeposit. Pendeposit hendaklah mengemukakan dokumen lengkap untuk tuntutan khairat kematian.

Jika penerima manfaat meninggal dunia, adakah pendeposit layak mendapat pelepasan taksiran cukai pendapatan ke atas simpanan bersih yang dibuat? Tidak layak. Jika berlaku kematian penerima manfaat, akaun akan ditutup dan semua keistimewaan akan terbatal.


Jika berlaku kematian pendeposit dan beliau mempunyai akaun SSPN-i Plus untuk 5 orang anak, adakah waris akan menerima manfaat kematian bagi kelima-lima akaun atau bayaran manfaat hanya diterima sekali sahaja kerana pendeposit yang sama? Manfaat kematian akan dibayar bagi kelima-lima akaun. Contohnya, bagi kematian biasa, sekiranya kelima-lima akaun tersebut adalah akaun Delima, jumlah keseluruhan manfaat kematian yang dibayar adalah sebanyak RM100,000. Manfaat tersebut akan dimasukkan semula ke dalam akaun masing-masing dan bayaran kepada waris akan dibuat mengikut proses penutupan

Apa Perlu Buat Untuk Pengeluaran/ Penutupan Akaun SSPN-i Dan SSPN-i Plus

Pendeposit boleh membuat pengeluaran/ penutupan akaun pada bila-bila masa tertakluk kepada peraturan yang ditetapkan oleh PTPTN.
Dokumen yang diperlukan:
i. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
ii. Mengemukakan nombor akaun bank pendeposit sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun pendeposit. (Akaun mestilah atas nama pendeposit dan bukan akaun bersama)
Sila pastikan tandatangan pendeposit adalah sama dengan tandatangan pada Borang Pembukaan Akaun SSPN-i.


Penutupan Akaun SSPN Bagi Kematian Pendeposit SSPN-i

Dokumen yang diperlukan:
i. Slip Pengeluaran Deposit/ Tuntutan Geran Sepadan atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera Pendeposit;
iii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris; dan
iv. Sijil Kematian pendeposit. 

Pilihan pakej SSPN untuk tabungan anak anda:

Sekiranya simpanan dalam akaun SSPN-i kurang daripada RM3,000
Dokumen yang diperlukan:
i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan;
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris;
iii. Salinan kad SSPN-i
iv. Salinan Sijil Kematian pendeposit;
v. Borang Pengesahan Waris kepada pendeposit SSPN-i (si mati);
vi. Borang Bon Tanggung Rugi yang disediakan oleh PTPTN serta dimatikan Setem Hasil bernilai RM10.00;
vii. Nombor akaun bank peribadi waris sekiranya ingin wang simpanan tersebut dikreditkan ke akaun waris.
 
Bagi simpanan dalam akaun SSPN-i berjumlah RM3,000 dan ke atas
Dokumen yang perlu dikemukakan oleh waris:
i. Borang Penutupan Akaun atau Borang Pengeluaran/ Penutupan Akaun/ Tuntutan Geran Sepadan.
ii. Salinan MyKad/ Kad Polis/ Kad Tentera waris yang disahkan oleh pihak yang diberi kuasa.
iii. Salinan Sijil Kematian pendeposit.
iv. Mengemukakan salah satu dokumen berikut daripada mana-mana badan yang dilantik (asal dan salinan):
- Surat Kuasa Mentadbir/ Geran Probet (Petisyen di bawah Akta Probet dan Pentadbiran 1959) yang dikeluarkan oleh Mahkamah Tinggi Malaya; atau
- Surat Kuasa Mentadbir yang dikeluarkan oleh Pejabat Tanah dan Daerah; atau
- Surat Kuasa Pentadbiran yang dikeluarkan oleh Amanah Raya Berhad Seksyen 17 Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (Akuan/ Arahan).
- Butiran perihal wang simpanan SSPN-i hendaklah disenaraikan atau dinyatakan di dalam Surat Kuasa Mentadbir atau Geran Probet bagi membolehkan pengeluaran wang SSPN-i dari akaun pendeposit (si mati).


Sebagai pendeposit, kini kita dah tahu cara penutupan akaun dan pengeluaran SSPN. Mudah bagi kita untuk berurusan dengan pihak SSPN PTPTN di masa akan datang. Jom menabung! Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i*** 

4 comments:

  1. bagaimana cara untuk menamatkan akaun sspn

    ReplyDelete
  2. Saya pun nak tutup akaun. Boleh ke buat melalui online

    ReplyDelete
  3. Hi cik. Saya nak tutup akaun sspn.. Jadi bagi akaun number dan ic ayah saya ya? Pendeposit tu ayah saya ya?.. Sebab Ayah saya yang buat untuk saya dulu..

    ReplyDelete