Cara Mencegah Wabak Influenza ILI
Seperti yang kita sedia maklum,
penyebaran wabak influenza ILI adalah berpunca dari virus dan bakteria. Melalui
bersin pun boleh kena jangkitan virus influenza ILI. Influenza-like illness ILI.
Apatah lagi bersentuhan dengan tempat yang kotor yang telah dicemari virus ILI.
Bagaimana cara mengelak dijangkiti influenza ILI? Apakah langkah-langkah
penjagaan diri ketika musim demam selsema wabak influenza ILI melanda?
Ketahui lebih terperinci influenza
like illness (ILI)
Langkah Pencegahan Influenza ILI
Berikut merupakan panduan mencegah
penularan wabak influenza ILI:
1. Cuci tangan
menggunakan sabun dan air
Kerap mencuci tangan. Ini kerana,
tangan kita sering menyentuh atau memegang apa-apa objek. Dikhuatiri objek yang
kita sentuh itu mengandungi virus dan bakteria. Bagi membendung penularan
jangkitan influenza, kita kena utamakan kebersihan diri yang tinggi. Jadikan amalan
kerap membasuh tangan. Basuh guna sabun dan air.
2. Hand sanitizer
Kalau kat rumah ada hand sanitizer,
itu lagi baik. Pencuci khas untuk mencuci tangan. Hanya perlu picit botol
tersebut, buih sabun akan keluar. Gosok tapak tangan, permukaan, belakang, juga
celah-celah jari. Kemudiannya, jirus dengan air paip. Kita akan dilindungi dari
jangkitan influenza ILI, sebab tangan kita yang tercemar dengan bakteria tadi
dah hilang oleh cucian tangan kita tadi.
3. Tutup mulut
ketika batuk
Sentiasa bekal sapu tangan dalam
poket. Ataupun bawa tisu dalam beg. Bila batuk, tutup mulut menggunakan sapu
tangan ataupun menggunakan tisu.
4. Tutup mulut
ketika bersin
Bila bersin, lakukan perkara yang sama
seperti amalan batuk di atas. Gunakan sapu tangan atau tisu untuk menutup
mulut. Apatah lagi kalau kita bersin disebabkan oleh selsema, bersin yang boleh
menyebarkan virus dan bakteria, peratus menjangkiti orang lain sangat tinggi. Macam
dalam kes ni, penularan wabak influenza ILI, amalkan langkah kebersihan yang
tinggi dalam diri.
Guna mask semasa musim wabak influenza ili |
5. Memakai topeng
muka
Bagi mereka yang mempunyai gejala ILI
adalah dinasihatkan untuk berehat di rumah dan tidak pergi ke tempat tumpuan
ramai manakala golongan berisiko tinggi perlu mendapatkan rawatan di klinik
yang berhampiran. Sekiranya seseorang yang bergejala tetapi perlu juga keluar
rumah disebabkan sesuatu urusan yang penting, mereka dinasihatkan agar sentiasa
memakai penutup mulut dan hidung (mask).
Wabak yang disebabkan virus influenza
bermusim hanya menyebabkan demam selsema (flu) yang ringan pada orang biasa
tetapi boleh menyebabkan jangkitan yang teruk seperti pneumonia kepada kumpulan
risiko seperti kanak-kanak, warga tua, wanita mengandung dan mereka yang
mempunyai penyakit-penyakit kronik seperti kencing manis (diabetes).
Golongan berisiko juga digalakkan
supaya mendapatkan pelalian vaksin influenza bermusim, dari mana-mana fasiliti
kesihatan swasta. Sumber: kluster
influenza like illness ili
Sekian, 5 cara mencegah wabak influenza ILI. Praktikkan dalam diri kita.
Terutamanya di musim influenza. Tingkatkan kebersihan dalam diri kita. Moga
kita tidak menjadi mangsa influenza ILI, sihat walafiat tanpa ancaman penyakit
seperti demam selsema atau flu, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti
sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan kelesuan.
Nice info...
ReplyDelete