Permohonan Potongan Gaji Online Simpanan SSPN-i

Permohonan Potongan Gaji Online Simpanan SSPN-i & SSPN-i Plus

Cara Buat Potongan Gaji SSPN-i Plus Online. Nak cara menabung SSPN-i lebih mudah? Buat permohonan potongan gaji online. Jadi, kita tak perlu risau dan memikirkan setiap bulan untuk masukkan duit dalam akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN. Melalui potongan gaji, ia akan dipotong secara automatik dari akaun kita. Berikut merupakan panduan untuk memberi kebenaran SSPN membuat potongan gaji kita.
permohonan potongan gaji online simpanan sspn-i & sspn-i plus, cara buat potongan gaji sspn-i plus online, syarat-syarat permohonan potongan gaji sspn-i / sspn-i plus
Permohonan potongan gaji online simpanan SSPN-i

Artikel menarik:

2 Cara Buat Potongan Gaji Untuk Simpanan SSPN-i

1. Permohonan potongan gaji boleh dilakukan melalui saluran berikut:
2. Potongan Gaji SSPN-i bagi kakitangan awam melalui Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Klik di sinibagi senarai JANM.



3. Potongan gaji SSPN-i selain daripada Jabatan Akauntan Negara Malaysia (JANM). Klik di sini.
4. Klik di sini untuk menghubungi Bahagian Potongan Gaji.
5. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar ke cawangan PTPTN berdekatan.

Pilihan pakej SSPN untuk tabungan anak anda:

Syarat-Syarat Permohonan Potongan Gaji SSPN-i / SSPN-i Plus

1. Potongan minimum yang dibenarkan ialah RM20.00 bagi setiap akaun SSPN-i
2. Bagi SSPN-i Plus potongan gaji hendaklah mengikut amaun pakej yang telah dipilih. Pemohon dinasihatkan untuk membuat tambahan deposit 1 bulan kehadapan (advance payment) untuk mengelakkan tunggakan sekiranya lewat berlaku potongan gaji.
3. Potongan gaji adalah tertakluk kepada persetujuan majikan. Sekiranya majikan tidak bersetuju membuat potongan gaji, pemohon perlu menggunakan kaedah yang lain untuk membuat bayaran bulanan.
4. Pemohon bertanggungjawab untuk memastikan potongan gaji dibuat oleh majikan.
5. Potongan gaji akan dikreditkan mengikut tarikh wang diakaunkan ke akaun PTPTN atau tarikh cek ditunaikan dan bukannya tarikh potongan gaji yang diproses oleh majikan.
6. Jika jumlah potongan gaji di Borang PTPTN-S-01/8-2007 Pin.9 kurang atau lebih besar daripada jumlah potongan yang diterima PTPTN, dengan sendirinya baki tersebut akan dikreditkan ke akaun penerima manfaat mengikut keutamaan.



7. Sebarang perubahan jumlah potongan gaji (penambahan/pengurangan/penamatan) dan agihan amaun potongan gaji yang baru hendaklah mengisi Borang Kebenaran/Penamatan Potongan Gaji SSPN-i / SSPN-i Plus ini. Setiap permohonan baru akan membatalkan permohonan yang lama.
8. Sila pastikan potongan gaji ditamatkan terlebih dahulu sebelum permohonan penutupan akaun SSPN-i / SSPN-i Plus  dikemukakan.
9. Pastikan butir-butir yang diperlukan telah diisikan dengan lengkap dan betul. Borang yang telah lengkap diisi hendaklah dihantar kepada mana-mana kaunter PTPTN.
10. Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan atau memerlukan maklumat lanjut, sila layari/hubungi
Laman web : www.ptptn.gov.my
E-mel : icare@ptptn.gov.my
Careline : 03-21933000
11. Semakan hendaklah dibuat dengan Penyata SSPN-i / SSPN-i Plus. Sila berhubung dengan PTPTN jika terdapat sebarang keraguan atau memerlukan penjelasan lanjut

Panduan untuk buat permohonan potongan gaji online simpanan SSPN-i dahpun dikongsikan. Selamat membuat potongan gaji untuk simpanan tabung anak. SSPN penting untuk pelajaran anak di masa hadapan. Selamat menabung. 

No comments:

Post a Comment