Perbezaan SSPN-i Plus Dengan SSPN-i

Perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i

Bezaakaun SSPN-i Plus dengan SSPN-i sedia ada. Skim Simpanan Pendidikan Nasional SSPN ada 2 jenis. SSPN-i Plus merupakan simpanan berserta takaful, manakala SSPN-i untuk simpanan sahaja. SSPN-i tidak memerlukan komitmen untuk membayar secara bulanan, manakala SSPN-i Plus memerlukan pendeposit menabung secara tetap setiap bulan.

perbezaan sumbangan takaful sspn-i plus dengan sspn-i, perbezaan manfaat takaful pakej sspn-i plus, perbezaan geran sepadan (insentif kemasukan ke ipt) sspn-i plus dengan sspn-i
Apa beza akaun SSPN-i Plus versus SSPN-i 

Artikel menarik:

Di bawah pakej simpanan SSPN-i Plus, ia menawarkan 6 pakej pilihan. Pakej paling murah iaitu pakej intan dengan komitmen sebanyak RM30 bulanan. Manakala pakej paling mahal adalah pakej berlian dengan komitmen sebanyak RM500 sebulan. Namun, skim simpanan SSPN-i tidak mempunyai pakej. Itu adalah perbezaan ketara antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i.


Perbezaan sumbangan takaful SSPN-i Plus dengan SSPN-i

SSPN-i Plus sumbangan takaful serendah RM10 sebulan atau mengikut pakej yang dipilih. Manakala sumbangan takaful SSPN-i adalah percuma (layak hanya kepada pendeposit yang mempunyai simpanan RM1,000 dan ke atas).

Perbezaan manfaat takaful SSPN-i Plus dengan SSPN-i

Memandangkan SSPN-i Plus mempunyai sumbangan takaful setiap bulan, ia memberi lebih banyak manfaat dan keberuntungan memiliki akaun SSPN-i Plus berbanding SSPN-i. Contohnya akaun SSPN-i Plus manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) sehingga RM1,000,000, manakala akaun SSPN-i menawarkan manfaat kematian/ ilat kekal (kemalangan) (Ringgit ke Ringgit).

SSPN-i Plus (SSPN-i + Takaful)
SSPN-i
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) sehingga RM500,000.
b) Manfaat kematian/ ilat kekal (biasa) (Ringgit ke Ringgit).
c) Manfaat ilat kekal separa sehingga RM100,000.
c) Tiada
d) Manfaat 36 penyakit kritikal sehingga RM100,000.
d) Tiada
e) Elaun kemasukan hospital sehingga RM200 sehari.
e) Tiada
f) Khairat kematian mengikut pakej:
(i) Pendeposit - sehingga RM18,000,
(ii) Pasangan - sehingga RM9,000, dan
(iii) 3 anak - sehingga RM2,000 seorang.
f) Khairat kematian bagi:
(i) Pendeposit - RM2,000, dan
(ii) Penerima manfaat - RM500

Pilihan pakej SSPN untuk tabungan anak anda:

Beza SSPN-i Plus dengan SSPN-I dari segi pelepasan taksiran cukai pendapatan

Akaun SSPN-i Plus menikmati tambahan pelepasan taksiran cukai iaitu sehingga RM6,000 setahun berdasarkan bayaran sumbangan takaful tahun semasa, manakala akaun SSPN-i  tiada.

Perbezaan Geran Sepadan (Insentif kemasukan ke IPT) SSPN-i Plus dengan SSPN-i

Tiada bagi akaun SSPN-i Plus , manakala akaun SSPN-i  mendapat sehingga RM10,000 bagi satu keluarga yang layak.

Perbezaan SSPN-i Plus dengan SSPN-i Dari Segi Syarat Pembukaan Akaun

Akaun SSPN-i Plus boleh mana-mana warganegara Malaysia membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri.
b) Anak sendiri, dan
c) Anak jagaan yang sah,



Manakala akaun SSPN-i boleh mana-mana warganegara Malaysia membuka akaun untuk:
a) Diri sendiri,
b) Anak sendiri
c) Anak jagaan yang sah
d) Mana-mana warganegara Malaysia yang lain berumur tidak melebihi 28 tahun

Dengan mengetahui perbezaan antara SSPN-i Plus dengan SSPN-i, pasti hati kita meronta-ronta nak langgan pakej SSPN-i Plus. Bagi yang berkemampuan, anda digalakkan untuk mengambil pakej SSPN-i Plus, banyak kelebihan yang kita dapat. Manfaat takaful boleh rujuk kat atas. Jom menabung untuk pelajaran anak di masa hadapan. Daftar akaun SSPN-i untuk anak melalui sini, klik: PEMBUKAAN AKAUN SSPN-i*** 

6 comments:

  1. Saya buat SSPNi sebelum ni... macam mana nak convert to SSPNi Plus?

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang berjumpa dengan ejen ptptn dan maklumkan ingin tukar kepada sspni plus

      Delete
  2. Saya pun sama macam zilla suratman. Mcmn nk tukar dr sspn-i ke sspn-i plus.

    ReplyDelete
    Replies
    1. datang berjumpa dengan ejen ptptn dan maklumkan ingin tukar kepada sspni plus

      Delete
  3. Macam mana pihak sspn boleh tahu sekiranya berlaku kemalangan atau kematian terhadap penerima

    ReplyDelete