Apa Itu Wabak Influenza-Like Illness ILI
Maksud
Dan Definisi Wabak Influenza ILI - Wabak influenza ILI dikenali sebagai Influenza-like illness (ILI). Dalam bahasa melayu
dipanggil gejala penyakit serupa influenza (ILI). Wabak influenza ILI dikaitkan
dengan jangkitan pernafasan akut (acute respiratory infection - ARI)
dan menunjukkan simptom seperti selesema.
Ketahui lebih terperinci influenza
like illness (ILI)
Kes Wabak Influenza ILI Di Malaysia
Baru-baru ini, kes wabak influenza ILI
berlaku di Malaysia yang mana banyak melibatkan pelajar sekolah. Sejumlah 24
kes baharu penyakit seperti influenza (ILI) dilaporkan di Perak pada Sabtu
lepas, 11 Mac 2017. Namun, bilangan pesakit wabak influenza ILI telah
meningkat. Dilaporkan seramai 216 pelajar di tiga sekolah dikesan menghidap influenza
ILI. Sumber: mangsa
wabak influenza ili
Simptom Influenza ILI
Macam mana nak tahu kalau kita
mendapat jangkitan influenza ILI? Apa tanda-tanda atau gejala influenza ILI?
Macam mana nak bezakan kita hanya selsema sahaja atau kita dijangkiti influenza
ILI? Macam yang diterangkan di atas simptom utama wabak influenza ILI ialah
selsema. Juga penyakit influenza ILI ini datang serentak dengan permasalahan
lain. Seperti kita mendapat demam selsema, tubuh badan menggigil, kelesuan,
hilang selera makan, sakit badan, sakit tekak, batuk dan gejala lain seperti
sakit kepala, sakit otot, sakit sendi dan rasa loya. Bila kesemua ini berlaku
serentak ke atas kita, datanglah berjumpa dengan doktor segera. Dapatkan
rawatan dengan kadar segera.
Wabak Influenza ILI Di Peringkat Global
ILI juga dikesan di Amerika Syarikat.
Setiap orang dewasa dengan purata 1-3 setahun dan setiap kanak-kanak dengan
purata 3-6 setiap tahun. Influenza pada manusia adalah tertakluk kepada
pengawasan klinikal oleh rangkaian global lebih daripada 110 National Influenza
Centers. Pusat-pusat ini menerima sampel yang diambil dari pesakit disahkan
menghidap ILI, dan menguji sampel untuk kehadiran virus influenza.
Ujian mengesan kehadiran influenza ketika musim selsema |
Tidak semua pesakit disahkan menghidap
ILI diuji dan tidak semua keputusan ujian dilaporkan. Sampel yang dipilih untuk
ujian berdasarkan keterukan ILI dan sebagai sebahagian daripada persampelan
rutin dan di klinik pengawasan dan makmal yang mengambil bahagian. Amerika
Syarikat mempunyai program umum pengawasan, program pengawasan sempadan, dan
program pengawasan hospital, semua ditujukan untuk mencari tempat wabak baru
selesema. Sumber: Influenza
like illness (ILI)
Dengan penerangan ini, kini kita dah
tahu apa itu penyakit wabak influenza
ILI. Gejala penyakit serupa influenza. Punca penyebaran wabak ILI adalah menerusi
virus dan bakteria. Jadi, untuk mengelakkan dijangkiti wabak ILI, sama-sama
kita amalkan kebersihan. Cuci tangan dengan kerap. Bila bersin, gunakan sapu
tangan atau tisu. Yang penting guna topeng penutup mulut dan hidung (mask) bagi
langkah pencegahan ILI.
No comments:
Post a Comment