Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Kesilapan Ibu Bapa Dalam Mendidik Anak

Mendidik anak sudah menjadi tanggungjawab ibu bapa. Namun dalam kategori apakah anda mendidik anak? Terlalu garang? Tegas? Hanya ingin anak anda menuruti perintah anda? Berikut merupakan beberapa kesilapan yang dilakukan oleh ibu bapa dalam mendidik anak.
kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak, cara mendidik anak dengan betul, cara mendidik anak perempuan, ibu menyumpah anak, ibu bapa menyakiti hati anak, anak merajuk dengan ibu bapa, terasa hati dengan ibu
Mendidik anak dengan cara yang betul

5 Kesilapan Ibu Bapa Salah Mendidik Anak

1. Memarahi anak setiap kali anak datang bermanja dan ingin bermesra dengan ibu bapa. Sesetengah ibu bapa merasakan situasi itu amat merimaskan. Sebenarnya anak tersebut hanya menginginkan perhatian dan sentuhan kasih sayang dari ibu bapanya sendiri.

2. Memberi hukuman keras kepada anak-anak apabila mendapati anak-anak berbohong. Ini berikutan anak-anak teringatkan kesilapan lepas yang mereka lakukan, di mana hukuman yang diberikan menakutkan mereka lantas memilih untuk berbohong.


3. Anak tidak hormat perasaan orang lain. Ini disebabkan oleh sikap kita sendiri yang hanya menjadi bos dan mahu anak-anak menuruti arahan kita sahaja. Kesilapan ibu bapa di sini, mereka tidak mementingkan perasaan anak-anak mereka.

4. Anak berkelakuan biadap! Jika anak bersikap biadap, itu tandanya kita juga bersiakap biada atau mereka belajar menjadi biadap daripada orang yang tinggal di sekeliling mereka.

5. Anak tidak berani pertahankan diri sendiri. Ini berpunca daripada ibu bapa yang memberi hukuman atau menegur kesalahan anak di hadapan orang lain. Anak rasa malu. Sebaiknya ibu bapa perlu menegur kesalahan anak secara personal. Kredit: FB ibu bapa cemerlang

Video Kesilapan Ibu Bapa Semasa Didik Anak

Bagaimana mahu jadi ibu bapa terbaik untuk anak? Tonton video tersebut, anda akan pelajari bagaimana memperbetulkan kesilapan kita sebagai ibu bapa dalam mengajar dan mendidik anda. Lihat video di sini: APA YANG BETUL DAN SALAH CARA IBU BAPA MENDIDIK ANAK

Begitulah cara mendidik anak dengan betul. Malah cara mendidik anak perempuan juga perlu berlemah-lembut. Janganlah kita menjadi ibu bapa yang menyumpah anak, ibu bapa yang menyakiti hati anak. Kita kena ingat, di saat kita menjadi tua kelak, anak-anaklah insan terpenting dalam diri kita, yang menjaga kita ketika tua kelak. Jangan nanti kita menyesal.. anak merajuk dengan ibu bapa, terasa hati dengan ibu akhirnya enggan berada di sisi orang tua. Mengelak dari berjumpa ibu bapa. Mulai sekarang kita ubah cara didikan kita.

Didiklah anak menjadi seorang pemimpin..
Menjadi seorang pemenang..
Menjadi seorang yang hebat!


Selepas mengetahui kesilapan ibu bapa dalam mendidik anak, ambil inisiatif mengubah cara mengajar anak. Bila kita melakukan kesilapan, kita kena buat pembetulan, agar langkah yang kita ambil adalah terbaik dan membahagiakan semua orang.

No comments:

Post a Comment