Kenaikan Gaji Tentera ATM 2016 Naik

Kenaikan Gaji Tentera ATM 2016 Naik Sehingga 41 Peratus | Tahniah buat golongan tentera sebab naik gaji. Kenaikan gaji baru Angkatan Tentera Malaysia telahpun diumumkan baru-baru ni. Seronok la golongan askar tentera dapat menikmati gaji baru. Mesti ada yang nak tahu berapa tangga gaji baru ATM 2016, berapa gaji ATM mengikut pangkat.

Dengan pengumuman skim gaji baru tentera ATM 2016, pasti golongan anak muda berminat untuk menyertai pasukan tentera. Kenaikan gaji tentera ATM: gaji tentera darat 2016, ataupun skim gaji ATM 2016 adalah meningkat naik sehingga 10 hingga 41 peratus kenaikan. Fuh! Banyak tu!

Kenaikan Gaji Tentera 2016: Perubahan Gred Gaji Baru Anggota Tentera ATM
1.      Prebet – Gred 17
2.      Lans Koperal – Gred 20
3.      Gred jawatan dan gaji Koperal ATM dengan Gred 22 perkhidmatan awam.
4.      Gred jawatan dan gaji Sarjan ATM yang kini dalam Gred 27, disetarakan dengan Gred 29 perkhidmatan awam
5.      Staf Sarjan – Gred 32
6.      Pegawai Waren II – Gred 36
7.      Pegawai Waren I – Gred 38
8.      Leftenan Muda – Gred 41
9.      Leftenan – Gred 41
10.  Jawatan Kapten ATM dalam Gred 41 kini disetarakan dengan Gred 44 perkhidmatan awam
11.  Gred jawatan dan gaji Mejar tentera ATM dalam Gred 41/Gred 44, disetarakan dengan gred 46A dalam perkhidmatan awam.
12.  Gred jawatan dan gaji Leftenan Kolenal ATM daripada gred 44, disetarakan dengan Gred 48 dalam perkhidmatan awam
13.  Gred jawatan dan gaji Kolonel ATM dalam Gred 48, disetarakan dengan Gred 52 perkhidmatan awam

Contoh Kenaikan Gaji Baru Tentera 2016
Gaji Pegawai Kadet berkelulusan SPM/ SVM bermula dari RM1,500 berbanding RM1,104 sebelum ini. Leftenan Muda berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang, bakal memperoleh gaji RM2,585 dan RM2,730 berbanding RM2,411 manakala pemegang kelulusan kejuruteraan, gaji permulaan ialah RM2,876 berbanding RM2,703.

Pemegang kelulusan perubatan veterinar akan menikmati gaji RM3,022 berbanding RM2,593. Manakala perajurit muda yang menamatkan latihan asas, gaji permulaan prebet ialah RM1,564 berbanding RM1,137 sebelum ini. Kenaikan gaji tentera ATM sehingga mencapai 41 peratus. Tahniah anda semua. Berkhidmat untuk negara!

Siapa yang tak suka naik gaji. Muka berseri-seri bila dapat tahu gaji naik. Untung golongan tentera ATM. Kenaikan gaji tentera ATM 2016 naik weh.. Buat anak muda semua, jika masih mencari kerja kosong apa kata cuba nasib jadi anggota Angkatan Tentera Malaysia (ATM). Manalah tahu ada rezeki. Skim gaji baru tentera ATM ni berkuat kuasa 1 Julai 2016.

6 comments:

  1. Alhamdulillah syukur...

    ReplyDelete
  2. Bg pesara pd tahun 2000 brp kenaikan pencen boleh sesiapa dpt bg pencerahan

    ReplyDelete
  3. Bg pesara pd tahun 2000 brp kenaikan pencen boleh sesiapa dpt bg pencerahan

    ReplyDelete
  4. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  5. Salam, nk tanya, dimana boleh saya dapat info mengenai kenaikan gaji baru pegawai tentera KKD?

    ReplyDelete