Ads GA Leaderhead

Panduan tingkatkan follower IG & letupkan jualan di Instagram
Bisnes laku keras!! Cara import barang dari China secara online
Suka main internet? Jom jana income LUMAYAN Fiverr melalui online je
Rahsia LULUS subjek MUET dengan cemerlang
Anak sudah lancar membaca sebelum masuk tadika! Praktikkan tips ini buat anak bijak & pintar..
Ikuti tips ini untuk LULUS interview SPA dapat kerja kerajaan
Cara didik anak & bagaimana jadi ibu bapa terbaik & cemerlang!

Sinopsis Drama Korea Hwarang: The Poet Warrior Youth

Sinopsis Drama Hwarang: The Poet Warrior Youth Saluran Astro KBS 391

Hwarang: The Poet Warrior Youth mengisahkan permaisuri Jisoo telah memerintah Kerajaan Silla sebagai pemangku sejak pembunuhan suaminya, manakala anaknya Sammaekjong / Kim Ji-dwi terpaksa disembunyikan di luar kota agar terselamat dari musuh. Permaisuri Jisoo mempunyai musuh di kalangan pembesar istana itu sendiri. Dalam diam, pembesar istana merenca ingin menjatuhkan dan merampas kuasa permaisuri Jisoo.

Sinopsis drama Hwarang: The Poet Warrior Youth ASTRO KBS 392, ost lagu tema Hwarang: The Poet Warrior Youth, Hwarang: The Poet Warrior Youth episod akhir – episod 20
Drama Korea Hwarang: The Poet Warrior Youth best untuk ditonton

 Permaisuri Jisoo telah mewujudkan sistem baru yang dikenali Hwarang. Hwarang menguji setiap elit muda menjadi yang terbaik demi kepentingannya sendiri. Melalui sistem Hwarang, elit berkualiti akan memerintah Kerajaan Silla dan melindungi Permaisuri Jisoo dari rampasan kuasa pembesar istana.

Siapa sangka anak yang Permaisuri Jisoo sembunyikan, dilindungi dari penjahat musuhnya kini tampil ke depan dan mempamerkan diri. Namun identiti Kim Ji-dwi dirahsiakan. Dia hanya dikenali seagai orang biasa. Pada awalnya, permaisuri Jisoo agak marah. Risau akan keselamatan anaknya yang kini menyertai Hwarang. Namun dia tidak dapat menghalang keinginan anaknya.

Kim Sun-woo / Dog-Bird merupakan rakan baik abang Kim Aro. Kim Sun-woo hampir mati dibunuh namun berjaya diselamatkan oleh ayah Aro. Manakala anak master Anjhi menemui ajal sebelum sempat bertemu adiknya, Aro. Master Anhji meminta Kim Sun-woo berpura-pura menjadi anaknya menggantikan tempat anaknya yang telah mati. Kim Sun-woo akur pada permintaan ayah barunya itu. Sejak itu, dia telah menjadi abang baru kepada Aro.

Aro menyangka Kim Sun-woo adalah abang kandungnya yang telah lama tidak bertemu dengannya. Awalnya, pertemuan mereka agak kekok. Aro merasa sangat bahagia dapat bertemu kembali dengan abangnya. Kim Sun-woo menyimpan dendam, akan menebus kematian rakan karibnya dan mencari pembunuh tersebut. Dia masih menyimpan gelang yang dipercayai milik pembunuh rakannya.

Kim Sun-woo bertemu Kim Ji-dwi dalam Hwarang. Mereka rakan sebilik. Tanpa Kim Sun-woo mengetahui gelang tersebut milik Kim Ji-dwi. Kim Ji-dwi mula jatuh hati pada Aro. Namun ibunya teleh merancang, anaknya itu bakal dikahwinkan dengan Puteri Sukmyeong.  

Adakah Kim Ji-dwi akan menunaikan permintaan ibunya? Adakah Aro membalas cinta Kim Ji-dwi? Apa reaksi Kim Sun-woo bila mengetahui gelang itu milik Kim Ji-dwi? Saksikan segalanya dalam drama korea KBS 392 Hwarang: The Poet Warrior Youth di kaca tv anda.

Pelakon Drama Hwarang: The Poet Warrior Youth

Park Seo-joon sebagai Kim Sun-woo / Dog-Bird
Go Ara sebagai Kim Aro
Park Hyung-sik sebagai Sammaekjong / Kim Ji-dwi
Choi Min-ho sebagai Kim Soo-ho
Do Ji-han sebagai Park Ban-ryu
Cho Yoon-woo sebagai Kim Yeo-wool
Kim Tae-hyung sebagai Seok Han-sung
Kim Hyeon-jun sebagai Seok Dan-se
Sung Dong-il sebagai Lord Kim Wi-hwa
Kim Ji-soo sebagai Permaisuri / ibu Jiso
Seo Ye-ji sebagai Puteri Sukmyeong
Song Yeong-kyu sebagai Lord Hwi-kyung

Original Sound Track Hwarang: The Poet Warrior Youth

OST lagu tema Hwarang: The Poet Warrior Youth
Anywhere - Han Dong-geun
Even If I Die, It's You - V, Jin
Dream - Bolbbalgan4
I Can Only See You - Seulgi, Wendy (Red Velvet)
Be tears of each other - Hyoryn (Sistar)

Gambar Drama Korea Hwarang: The Poet Warrior Youth (KBS 392)

Sinopsis drama Hwarang: The Poet Warrior Youth ASTRO KBS 392, ost lagu tema Hwarang: The Poet Warrior Youth, Hwarang: The Poet Warrior Youth episod akhir – episod 20
Drama Korea Hwarang: The Poet Warrior Youth lakonan Go Ara

Tonton drama Hwarang: The Poet Warrior Youth
Tarikh Hwarang: The Poet Warrior Youth disiarkan: Januari 2017
Jumlah episod drama Hwarang: The Poet Warrior Youth: 20
Hwarang: The Poet Warrior Youth episod akhir – episod 20
Hari: Selasa & Rabu
Jam: 9.00 malam
Saluran: Astro KBS 391 & KBS HD 392
.
↓↓↓Pilihan HOT Pembaca↓↓↓

No comments:

Post a Comment