Sinopsis Drama Titian Cinta TV3

Sinopsis Drama Titian Cinta TV3 Lakonan Farah Nabilah Dan Zul Ariffin

Titian Cinta mengisahkan cinta antara Rahadatul ‘Aisy (Farah Nabilah) dengan Umayr Harris (Zul Ariffin) yang diuji pelbagai onak dan duri. Umayr Harris pernah menghinanya! Menghalaunya dari rumah. Hingga menyebabkan kandungan anaknya gugur. Kecewa dengan suaminya, berserta fitnah dilemparkan, ‘Aisy membawa diri.

sinopsis drama titian cinta tv3 lakonan zul ariffin - harris, farah nabilah - aisy, pelakon dan gambar drama titian cinta tv3, drama titian cinta tv3 diadaptasi dari novel karya ridhya iman
Drama Titian Cinta TV3 diadaptasi dari novel karya Ridhya Iman

Kepulangan ‘Aisy ke tanah air setelah 4 tahun merantau di bumi London untuk melanjutkan pelajaran pada peringkat PHD amat dinanti-nantikan oleh suaminya. Pemergian ‘Aisy juga adalah kerana dia ingin menjauhkan diri daripada Harris yang telah menghalaunya bagai kucing kurap ekoran fitnah yang dilakukan oleh Sofea (Tisha Shamsir). Sofea yang asalnya tunang Harris dan kawan baik ‘Aisy rupa-rupanya musuh dalam selimut. Ekoran iri hati, Sofea telah bertindak menggoda Rayyan (Daler Yusuf) tunang ‘Aisy sehingga menyebabkan Harris tidak jadi berkahwin dengan Sofea sebaliknya berkahwin dengan ‘Aisy atas cadangan nenek Haris, Hajah Mariah (Dian P. Ramlee).

Setelah 4 tahun membawa diri ke Kota London, ‘Aisy pulang ke tanah air untuk memutuskan ‘titian cinta’ mereka. Kepulangan ‘Aisy yang cuba dirahsiakan daripada pengetahuan Harris, suaminya gagal, apabila kelicikan Harris mengesan jejak ‘Aisy menyebabkan ‘Aisy tidak dapat lari daripada genggaman Harris.




Harris yang amat menyesal dengan tindakan bodohnya 4 tahun yang lalu kerana terlalu mempercayai fitnah bahawa ‘Aisy ada hubungan cinta dengan Rayyan telah cuba memujuk semula hati ‘Aisy yang sudah beku seperti ais. Kata – kata pedas ‘Aisy kepada Harris “Hebat awak ya, agak-agak dah boleh ganti Aaron Aziz ke?” ...“Awak dah janji nak ceraikan saya. Buat apa awak simpan perempuan kotor macam saya ni”... “Let me go Harris, kita berpisah”.... “Bahagia saya bukan dengan awak Harris”.....

Pelbagai cara dilakukan oleh Harris untuk memikat semula hati ‘Aisy sehinggalah Harris terpaksa menggunakan kuasa vetonya sebagai seorang suami. Kata Harris kepada ‘Aisy, “Jangan sampai abang dukung sayang ke kereta”.... “Don’t you dare, ‘Aisy”! “This is my final decision. T.I.T.I.K,”....,:

“Titian Cinta” yang terpisah akhirnya bertaut kembali dengan ayat-ayat cinta Harris untuk ‘Aisy yang boleh mencairkan hati pembaca.... “Sayang, thanks for allowing me to be a part of your life. I love you so so much, for days, years, and eternity to come.” Disangka panas sampai ke petang rupanya hujan di tengah hari. Dugaan menimpa mereka apabila ‘Aisy tidak dapat mengandung disebabkan kemalangan yang menimpa dirinya 4 tahun yang lalu ketika dihalau keluar oleh Harris. Kemalangan yang turut meragut nyawa anak pertama mereka rupa-rupanya telah memberi impak besar kepada ‘Aisy. Dalam kemalangan tersebut ‘Aisy telah kehilangan sebelah ovarinya sehingga dia sukar lagi untuk mengandung. Pelbagai cara telah dilakukan termasuklah kaedah IUI tetapi gagal.




Campur tangan ibu mertua ‘Aisy, Puan Sri Nora (Marisa Yasmin) yang menyuruh Harris berkahwin dengan Sofea telah memburukkan keadaan. Sikap Sofea yang masih menempel cinta Harris, muncul kembali Rayyan yang ingin menggamit cinta ‘Aisy, sifat cemburu Harris terhadap ‘Aisy dengan Rayyan telah menyebabkan keadaan menjadi semakin meruncing sehingga aib ‘Aisy 4 tahun yang lalu terbuka kembali dan telah menyebabkan kematian ayah ‘Aisy.

Bagaimanakah peleraian kisah cinta ‘Aisy dengan Harris? Adakah tautan kasih mereka akan menemui pelangi di penghujung hari? Adakah ‘Aisy akan mengandung? Siapa sebenarnya ‘dalang’ di sebalik kejadian fitnah ‘Aisy? Adakah Sofea? Ataupun Danial (Shah Jaszle) yang berdendam dengan ‘Aisy. Apakah hubungan antara Sofea, Rayyan dan Danial? Apa pula nasib yang menimpa Puan Seri Nora? Saksikan segalanya dalam drama Titian Cinta di kaca tv anda.

Pelakon Drama Titian Cinta TV3

Zul Ariffin, Farah Nabilah, Daler Yusuf, Tisha Shamsir, Shah Jaszle, Dian P. Ramlee, Marisa Yasmin, Kuza, Rahim Jailani, Adam Shadan, Syuhaida Abraz (Dottie), Feiyna Taj, Arash Mohd, Rais Ismail, Dibi Halim, Kamal Ibrahim, Razali Ghani, Faha, Alexandra

Gambar Drama Titian Cinta TV3 

sinopsis drama titian cinta tv3 lakonan zul ariffin - harris, farah nabilah - aisy, pelakon dan gambar drama titian cinta tv3, drama titian cinta tv3 diadaptasi dari novel karya ridhya iman
Tonton lakonan Zul Ariffin dan Farah Nabilah menerusi drama Titian Cinta di kaca tv anda

Saksikan drama Titian Cinta
Jumlah episod drama Titian Cinta: 28
Titian Cinta episod akhir – episod 28
Hari: Isnin - Khamis
Jam: 7.00 malam
Saluran: TV3

No comments:

Post a Comment