3 Tips Mendekorasi Rumah Menjelang Raya
Raya dan deko tak dapat dipisahkan. Yeah!
Teruja nak sambut raya, so sini saya nak share tips mendekorasi rumah menjelang raya. Dekorasi lebaran pastinya menjadi tumpuan golongan isteri. Sebab nak bagi
rumah cantik lebih-lebih lagi bila Raya tak lama lagi. Hiasan Aidilfitri untuk
rumah, korang boleh follow cara saya di bawah.
Bagaimana Cara Saya Hias Rumah Sempena Aidilfitri
Eh tips simple je, tapi sungguhpun
simple masih ramai terkial-kial nak dekorasi rumah mereka menjelang nak raya. Follow
ye..
1. Kerusi, sofa
dan almari
Bersihkan kerusi dan sofa dari debu. Lapkan
kerusi dengan menggunakan kasin basah, sehingga debu hilang. Terutama di
bahagian bawah kerusi dan celah-celah sempit, banyak debu terkumpul di situ. Sofa
yang terlalu uzur, kurang dunlop, hingga terasa menusuk kayu di punggung bila
kita duduk padanya, seeloknya diganti dengan yang baru. Manakala bagi sarung sofa
yang telah koyak rabak, sebaiknya diganti sahaja sarung sofa tersebut, ini
lebih menjimatkan kos daripada membeli sofa yang baru.
Untuk almari pula, lapkan kotoran pada
luar almari. Gunakan kain basah agar debu mudah tertanggal dari almari. Pentingnya
menjaga kebersihan kerusi, sofa dan almari di hari Raya, agar tiada tetamu yang
bersin akibat debu yang masih berada di situ.
2. Ruang, susun
atur dan pengcahayaan ruang tamu rumah
Susun atur ruang tamu rumah amat
penting. Ini kerana ketika Hari Raya, ruang tamu inilah menjadi lokasi tetamu
berkumpul. Pastikan kerusi atau sofa disusun rapat pada dinding. Jarakkan jauh
sedikit meja dari kerusi, agar tetamu boleh lalu lalang dengan mudah. Juga bagi
mengelakkan tetamu terlanggar dengan cawan yang berada di atas meja.
Susunan sofa tidak boleh menghalang
pintu masuk rumah. Ini bertujuan supaya pengcahayaan dari luar menembus masuk
ke dalam rumah. Menerangi bahagian ruang tamu tanpa perlu menggunakan lampu. Lebih
jimat jika kita tidak perlu menggunakan lampu ruang tamu.
3. Pemilihan cat
dinding rumah
Setiap kali Raya, kita akan mengecat
rumah kita setahun sekali. Warna yang ceria, lembut, segar memberi penampilan
menarik dinding rumah kita. Sekaligus menimbulkan mood ceria pada tuan rumah
mahupun tetamu.
Saya sarankan kalau nak beli cat,
pilihlah cat berkualiti. Cat berkualiti ni tahan lama, di samping warnanya yang
menarik. Cat air murah ada yang dijual RM18 setong. Murah memang murah tapi
kualiti kurang bagus. Jika kita menyandar pada dinding, warna cat tersebut akan
melekat pada baju atau badan kita. Pasti kita tak mahu baju tetamu keputihan
terkena geselan dinding rumah kita.
Untuk menjadikan warna dinding rumah
anda lebih menonjol di Hari Raya, gabungkan 2 warna cat pada dinding ruang tamu
rumah. Contohnya warna merah dan kelabu ini. Menjadikan ruang tamu kelihatan
cantik dan menonjol di Hari Lebaran.
Deko Rumah Dengan Sofa Merah Hitam Dari Lazada
Sofa Merah Hitam: MF Design Red Dot Sofa Bed |
Dapat korang bayangkan betapa
strategiknya sofa merah hitam ni diletakkan kat ruang tamu rumah. Sangat
matching dengan dinding rumah. Berseri-seri rumah kita Raya ni dengan adanya sofa
merah hitam. Mana nak beli? Dapatkan sofa ni di Lazada, klik sini: MF
DESIGN RED DOT SOFA BED
Ini yang
ditunggu-tunggu! Lazada sale!!! MARHABAN YA RAMADHAN RIANG RIA
SALE menawarkan diskaun sehingga 90%. Bermula
19 Mei sehingga 30 Jun 2017. Rebut peluang shopping murah barang Raya kat
Lazada. Anda juga boleh beli sofa merah hitam di atas, siap dengan diskaun lagi.
Jimat banyak! Sekian 3 tips mendekorasi
rumah menjelang raya mudah dan senang dibuat. Selamat mendeko-deko ye.
No comments:
Post a Comment