Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa

Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Ramadhan 2016 | Nak buat ucapan selamat puasa Ramadhan sempena nak dekat puasa ni. Ada yang mencari ucapan selamat berpuasa lucu, hmmm kalau baca mesti rasa nak gelak nanti. Ucapan selamat bulan puasa yang mencuit hati. Eh, ada juga nak tahu apa ucapan selamat puasa bahasa jawa. Jap eh, nanti mak cari. Lihat: selamat berpuasa image di bawah.


ucapan selamat menunaikan ibadah puasa, ucapan selamat puasa ramadhan, ucapan selamat bulan puasa, ucapan selamat puasa bahasa jawa, ucapan selamat berpuasa lucu, ucapan selamat puasa bahasa sarawak, gambar ucapan selamat puasa, selamat berpuasa image
Gambar ucapan selamat puasa

Kata-Kata Ucapan Selamat Menunaikan Ibadah Puasa
Bulan Ramadhan bulan yang mulia. Bulan yang ditunggu-tunggu oleh umat Islam untuk menggandakan amalan kebajikan. Alhamdulillah, tahun ni kita diberi kesempatan untuk melaksanakan ibadah puasa.

Berpuasa dapat menyucikan hati nurani kta, mendidik kita menjadi seseorang yang penyabar. Sambil berpuasa, kita digalakkan memperbanyakkan sedekah dalam bulan Ramadan Kareem. Sedekah makanan yang dimasak kepada jiran sebelah rumah, sedekah tenaga membantu orang lain, menghulurkan sumbangan ringgit kepada yang memerlukan.

Berzikir di bulan Ramadhan, memanjatkan doa kepada Yang Maha Esa, membaca ayat suci al-Quran, melakukan amalan kebaikan sepanjang masa.  Pendek kata, sempena kedatangan bulan Ramadhan, kita harus memanfaatkan segala yang ada.

Ucapan Selamat Puasa Bahasa Jawa
He poro menungso, jaman wis ra toto, ati wis angel ditoto, maksiat nang kene kono, wis podho kakehan duso. Alhamdulillah wulan puso wis teko, ayo podho elingo marang gusti kang kuoso, marhaban ya shahru romadhon.

Ucapan Selamat Puasa Bahasa Sarawak
Alhamdulillah tahun tok kita dapat berpuasa agik. Posa oi jangan sik posa. Mun posa kelak, iboh nak nganok orang, iboh ngumpat orang, iboh molah benda jaik, tebik posa kelak. Lak sia-sia jak posa, sik ada pahala, nak rugi.

Gia juak mun nak sedekah barang. Bulan posa kita mesti ngerja amalan kebajikan banyak-banyak. Mun sedekah ngan orang apa-apa jak, iboh nak ngeso juak, iboh riak, sedekah ngan hati ikhlas. Mudah-mudahan Allah terima segala amalan kita.

Oooo maknek, ooo kak lehot, ooo adik kecik, oohaaaa..selamat posa kitak orang semua. Sungkei mun bedok maghrib dah bunyi, jangan sungkei tengah hari. Ingat adik kecik kiut semua, jangan puasa yok-yok, balit umah bukak periok. Selamat berposa..

 Ucapan Selamat Berpuasa Lucu
Bulan puasa, aktiviti di dapur waktu tengah hari dihentikan seketika. Tak ada bunyi menggoreng, tak ada bunyi periuk berlaga dengan senduk, tak ada bunyi senduk bergeser dengan teko besi. Silent. Masa untuk dapur berehat.

Adik-adik bila balik sekolah, setkan dalam kepala bahawasanya mak tak masak makanan tengah hari. Jangan tergoda bila tengok Upin Ipin makan ayam goreng. Memang ar sedap, tapi lagi sedap kalau makan ayam goreng kriuk-kriuk masa berbuka nanti. Sabar ye adik-adik.. Tahan puasa.

Kenangan paling manis puasa di bulan Ramadhan?
Kenangan paling best puasa, masa aku darjah 2. Itulah pertama kali berpuasa di kampung. Sangat menyeronokkan. Tengok jiran tetangga berbalas kuih. Kuih yang mak masak 1 je, tiba-tiba jadi banyak! Hingga ada 4 jenis. Seronok dengar bunyi beduk live kat kampung. Duduk kat Bandar, kurang feel merasai suasana berpuasa. Umur 8 tahun barulah aku bergelar budak kampung. Itulah pengalaman paling manis puasa di bulan Ramadhan. Dah besar macam ni, lain pulak feel berpuasa. Hihi..

Buat umat Islam khasnya di Malaysia, Indonesia, Brunei, Singapura dan seluruh dunia, selamat menunaikan ibadah puasa Ramadhan 2016. SALAM RAMADAN, SYUKUR SELALU. 

1 comment: