Dapat kempen CPUV special dari
Nuffnang iaitu kempen bernama MOH –
Exclusive Breastfeeding. Ngam sangat dengan pengisian blog ni yang
berkisarkan pasal ibu dan bayi. Semestinya susu
ibu yang mengandungi banyak khasiat adalah susu terbaik untuk bayi.
Ministry of Health (MOH) – Exclusive Breastfeeding |
Cpuv Nuffnang penyusuan susu ibu
Bagus jugak diadakan kempen macam ni. Memberi
galakan buat golongan ibu untuk menyusukan
anak sendiri. Masih lagi aku teringat masa check up kehamilan kat klinik
kesihatan, misi akan bagi taklimat pasal penyusuan
bayi.
Penyusuan
penuh sehingga bayi mencapai usia 6 bulan, juga
sehingga bayi mencapai usia 2 tahun. Katanya, bayi hanya boleh makan makanan
pepejal bila dah cecah 6 bulan ke atas. So, bawah 6 bulan bayi akan bergantung susu ibu sepenuhnya. Tak pun susu formula atau lebih dikenali susu tepung ataupun susu pasar.
Kalau dapat bagi susu badan sepenuhnya, itulah yang terbaik. Tapi kalau tak
berkemampuan atas faktor-faktor lain, ikutlah prosedur pemakanan bayi.
Kempen breastfeeding di blog |
Kempen
breastfeeding ataupun pemberian susu ibu pada bayi haruslah dibuat menerusi cara galakan. Tidak kisahlah siapa yang
memberi galakan sama ada mereka yang terdiri di kalangan jururawat, doktor, pihak
kesihatan, ibu bapa, orang-orang tua dan sebagainya.
Jangan terlalu mendesak, memberi
tekanan pada si ibu. Bila stress, si ibu akan berada dalam mood negatif yang
mana kemungkinan akan menghalang kelancaran proses breastfeeding. Sama-sama kita jadikan kempen breastfeeding dengan cara yang positif.
Baca lagi:
No comments:
Post a Comment