Dalam tak sedar usia baby Amirah dah
cecah umur 7 bulan Februari 2016. Apakah tingkah
laku bayi ketika umur 7 bulan. Jom ketahui tanda-tanda perkembangan bayi di usia 7 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 7 Bulan
1. Bayi suka melonjak-lonjak
Bayi 7 bulan, sudah mampu menyokong
sebahagian daripada berat badannya dengan kakinya dan dia sudah boleh
melonjak-lonjak.
2. Bayi belajar
memegang barang
Bayi usia 7 bulan, sudah boleh
mengangkat barang dengan sebelah tangan dan dengan mudah memindahkan barang itu
ke tangan yang lain. Dia juga boleh mengenggam kedua tangannya dan menghirup
air dari cawan bertangkai dua (dengan bantuan kita).
3. Bayi mula
tumbuh gigi
Umur 7 bulan bermulanya saat bayi mula
tumbuh gigi. Semasa bayi mula tumbuh gigi, terdapat banyak lelehan air liur
yang akan keluar dari mulut bayi.
4. Sifat ingin
tahu bayi dan langgar arahan
Bayi telah diberitahu telefon tidak
boleh dimain, manakala mainan pula tidak boleh dicampak sesuka hati. Walaupun
telah diberitahu tetapi bayi tidak akan mematuhi arahan kita. Ini kerana sifat
ingin tahunya dan juga mereka tidak dapat mengingati arahan kita. Taktik
terbaik ialah bagi menyatakan ’tidak boleh’ adalah dengan mengalihkan
perhatiannya.
5. Bayi enggan
berpisah dengan ibunya
Ada di antara bayi enggan tidur
berasingan dengan ibunya. Dia mahu tidur bersama ibunya. Sesetengah orang
seperti orang putih membiasakan anaknya walaupun masih bayi tidur di bilik
berlainan. Kalau macam aku sendiri, mestilah nak tidur dengan baby Amirah yang comel
lagi bambam tu.
6. Kemahiran
mengenal
Sekarang bayi sudah boleh bermain
sorok-sorok dan tahu bahawa patung dalam mainan "jack-in-the box"
akan timbul apabila lagu tamat. Bayi juga boleh mengecam nada suara dan
perubahan dalam nada suara dan mungkin akan menangis jika kita bercakap kuat.
7. Alat mainan
kegemaran bayi
Bayi usia 7 bulan cenderung kepada
patung mainan lembut sama ada kecil atau besar. Selalunya, satu daripada patung
mainan kepunyaan bayi akan menjadi kegemarannya. Bayi akan membantah apabila
kita cuba mengambil mainan kesayangannya. Belilah mainan lembut yang baru,
carilah yang empuk, dijahit dengan kemas dan boleh dibasuh. Alat mainan lain
yang sesuai termasuklah bola, silinder-silinder dalam sarang, alat mainan
pop-naik dan anak patung besar.
Gambar
Bayi Usia 7 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 7 Bulan
1. Usaha
mendapatkan alat mainan berkedudukan jauh
Letakkan alat mainan jauh sedikit dari
capaian bayi dan lihat bagaimana dia cuba mendapatkannya. Jika dia menangis
sebab tidak dapat mencapainya, berikan galakan kepada bayi tapi elakkan dari
memberi alat mainan itu. Bayi akan menjadi lebih yakin dengan kebolehan
fizikalnya jika kita tidak sentiasa membantunya sehingga semuanya menjadi
terlalu mudah. Biasanya, selepas mencuba beberapa kali, bayi akan berjaya
menjangkau ke hadapan untuk mengambil mainan itu dan terus menegakkan badannya
semula.
2. Memahami
bagaimana objek berhubung kait
Bayi mula memahami bagaimana objek
berhubung kait antara satu sama lain dalam ruang tiga dimensi. Dia akan dapat
menyusun alat mainan, seperti mengasingkan item mengikut saiz, contohnya blok. Jadi,
belilah mainan blok agar bayi dapat mempelajari sesuatu dari permainan itu.
Permainan (baa-cak) juga adalah sesuatu yang menyeronokkan bagi bayi. Buat
permainan main sorok barang dalam selimut dan dan bayi pasti suka dan seronok
mencari barangan yang disembunyikan.
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 12 bulan |
Tahniah! Kini bayi anda sudah pun berumur 7 bulan. Kenali anak anda
dengan mengetahui perkembangan bayi di
usia 7 bulan. Berikan sokongan dan galakkan kepada mereka sepenuhnya. Moga
bayi dan anak anda, membesar dengan sihat. Ambil bahagian dalam mendidik
anak-anak di rumah. Moga menjadi ibu bapa terbaik kepada bayi comel anda.
No comments:
Post a Comment