29 November 2015, yey genap umur baby
Amirah 4 bulan. Dah jadi anak dara dah anakku ni. Ingin tahu tingkah laku bayi ketika umur 4 bulan?
Jom ketahui tanda-tanda perkembangan
bayi di usia 4 bulan.
Perkembangan
Bayi Usia 4 Bulan
1. Bayi 4 bulan
menjadi kurang makan
Kalau sebelum ni, bayi asyik-asyik nak
minta susu. Bila usia mencapai 4 bulan, kekerapan makan bayi semakin menurun.
Bayi jadi jarang makan. Tapi berat badannya akan bertambah dari hari ke hari.
Dianggarkan bayi hanya minum susu 4 ke 5 kali dalam sehari.
2. Bayi belajar pusing
meniarap dan menelentang
Bayi akan mengangkatkan kepala dan
bahunya dan berusaha untuk mengampu dan menahan dirinya ketika dalam posisi
meniarap. Galakkan bayi membuat aksi meniarap agar membantu menguatkan otot
badannya menerusi alat mainannya. Goyangkan mainan di tempat ke mana dia akan
pusing untuk menggalakkan dia mencuba lagi. Beri tepukan dan senyuman apabila
dia berjaya melakukan aksi tersebut. Kebanyakan bayi mula belajar meniarap di
umur 4 bulan.
3. Waktu bila
bayi boleh makan makanan pepejal
Ada yang memberi bayi makan makanan
pepejal seawal usia 4 bulan. Sebelum mengambil apa-apa tindakan, berbincanglah
dengan doktor sebelum memberikan mereka makanan pepejal. Doktor mengesyorkan
bayi berusia 6 bulan ke atas barulah boleh diperkenalkan dengan makanan
pepejal. Bagi 4 ke 6 bulan pertama dalam hidupnya, bayi akan memperolehi semua
nutrien yang diperlukan dari susu badan atau susu formula.
4. Memasukkan
objek ke dalam mulut
Apa-apa barangan yang diberikan kepada
bayi seperti alat mainan, bayi akan memegangnya dan kemudian cuba memasukkannya
ke dalam mulut.
5. Air liur bayi
semakin banyak meleleh
Air liur keluar meleleh masa umur baby
Amirah 3 bulan. Memasuki usia 4 bulan, makin banyak air liurnya meleleh.
6. Bayi sudah
pandai bermain sendiri
Baby Amirah selesai saja habis menyusu
dia akan tidur. Bangun dari tidur, dia takkan merengek, tetapi terkebil-kebil
matanya sambil bermain dengan tangan dan kakinya. Kadang-kadang maknya pun tak
perasan, anaknya dah bangun tidur. Senyap je. Tapi tangan dan kaki dia
bergerak-gerak, dah pandai main sendiri. Situasi yang berlaku sekitar 10 hingga
15 minit. Lepas tu dia akan cari maknya balik..hahaha..
7. Bayi sudah
pandai memilih orang
Umur 4 bulan, bayi akan menunjukkan
respon terhadap kehadiran mak dan ayahnya, suara dan juga ekspresi muka kita
dengan menendang-nendang dan melambai-lambai tangannya. Bayi juga akan memberi
senyuman kepada semua orang yang dilihatnya. Dia sudah mula memilih orang-orang
yang dia mahu dekat dengannya.
Gambar
Bayi Usia 4 Bulan
Cara
Mendidik Anak Ketika Usia Bayi 4 Bulan
1. Berikan mainan
atau objek untuk bayi bermain
Galakkan bayi untuk mencuba dan
bermain dengan pelbagai jenis objek. Antaranya alat mainan, kain lampin, botol
susu, puting kosong. Inilah proses pembelajaran bayi, menggerakkan deria sentuh
bayi dan mempelajari tentang sebab dan akibat. Contohnya menghayun alat mainan akan
menghasilkan bunyi.
2. Bayi belajar memahami
perkataan
Berdasarkan kajian penyelidik, bayi usia
4 bulan sudah boleh memahami semua bunyi asas dalam bahasa percakapannya. Umur
4 dan 6 bulan, bayi menguasai kemahiran membuat bunyi vokal, seperti "ma-ma"
atau "da-da." Walau bagaimanapun, dia tidak mengaitkan bunyi itu
dengan ibu atau bapanya. Sekarang, dia juga boleh menyertai mainan tiru-meniru
bunyi – anda sebut "bu", dan dia akan cuba menyebutnya juga.
3. Memahami warna
yang pelbagai
Bayi usia 4 bulan, sudah boleh
membezakan warna. Bayi sukakan warna primer yang terang. Bayi akan tertarik
kepada mainan tergantung yang berwarna cerah.
4. Bayi berminat
berinteraksi dengan orang lain
Apabila bayi berada dalam dukungan kita,
dia lebih berminat untuk berinteraksi dengan orang lain. Terutama sekali
kanak-kanak yang sudah besar, yang membuat bising dan bunyi riuh. Galakkan mereka
bersembang dengan bayi, agar mendorong bayi untuk proses pembelajaran bercakap.
Air liur bayi makin banyak meleleh pada usia 4 bulan |
Foto perkembangan bayi anak anda di usia 0 bulan - 4 bulan |
Kenali anak anda dengan mengetahui perkembangan bayi di usia 4 bulan.
Berikan pendidikan awal pada bayi agar menjadikan mereka cepat belajar, pintar
dan bijak. Tahniah! Selamat menjadi ibu dan bapa terbaik kepada bayi comel anda
:)
No comments:
Post a Comment