Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 38 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 38.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 9 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Perkembangan Bayi Hamil 38 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 38 minggu,
bayi sudah boleh membezakan antara gelap dan terang. Ingin tahu jantina bayi anda?
Sama ada lelaki atau perempuan? Petunjuk ketara boleh dilihat menerusi saiz
bayi anda. Bayi lelaki selalunya lebih berat daripada bayi perempuan. Bayi pada
umur 39 minggu mempunyai berat badan sebanyak lebih kurang 3 kg hingga 3.2 kg.
Sistem-sistem organ anak kecil anda
sudah terbentuk dan bertempat sempurna, tetapi paru-paru adalah yang terakhir
untuk mencapai kematangan. (Selepas bayi dilahirkan, dia memerlukan beberapa
jam sebelum dapat memantapkan pola pernafasan yang normal). Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 38 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 38 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
38 minggu, ibu hamil akan sering merasai kontraksi dengan lebih kerap.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester akhir kehamilan
di minggu ke 38. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kesihatan Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 9 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 38.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 9 Bulan)
Moga dipermudahkan urusan kelahiran
bayi anda. Selamat bersalin..
No comments:
Post a Comment