Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Bayi Lahir

Apa Yang Perlu Dilakukan Selepas Bayi Lahir

Tahniah buat golongan ibu bapa yang baru sahaja mendapat bayi baru. Informasi penting buat golongan suami (bapa) selepas bayi dilahirkan. Adab menyambut kelahiran bayi menurut cara Islam ni diambil menerusi perkongsian di Facebook: 5 minit selepas bayi dilahirkan  

Proses melahirkan bayi mengambil masa yang lama bagi sesetengah ibu. Keadaan yang sudah tidak bermaya selepas melahirkan bayi membuatkan ibu tidak tahu apa proses seterusnya yang dilakukkan kepada bayi dan diri anda sendiri.

Prosedur Doktor Selepas Bayi Dilahirkan
Sebenarnya lima minit sejurus selepas bayi lahir, ada beberapa perkara penting yang dilakukan oleh doktor iaitu:
1. Tali pusat bayi dipotong.
2. Doktor akan menunjukkan bayi kepada ibu. Anda boleh menentukan sama ada mahu memegang bayi sebaik dilahirkan atau selepas dia dibersihkan.
3. Anda boleh memilih untuk menerima suntikan untuk mempercepatkan pengeluaran uri dari dalam rahim.
4. Keadaan, pernafasan dan denyutan jantung bayi akan diperiksa dalam tempoh satu minit selepas dia selamat dikeluarkan dan diperiksa sekali lagi lima minit kemudiannya.
5. Selepas uri berjaya dikeluarkan, anda mungkin perlu dijahit jika keadaan perineum memerlukan jahitan.

Apa yang perlu dilakukan selepas bayi lahir, adab menyambut kelahiran bayi cara Islam, proses 5 minit selepas bayi dilahirkan, tanggungjawab bapa selepas anak dilahirkan, apa yang perlu dilakukan ketika anak dilahirkan, amalan menyambut bayi baru lahir, perkara perlu dilakukan untuk anak selepas kelahiran, amalan yang dituntut selepas kelahiran bayi, hadis kelahiran bayi, gambar bayi baru lahir

Adab Menyambut Kelahiran Bayi Menurut Cara Islam

Mengazan dan mengqamatkan anak
Bayi yang baru lahir, telinganya berfungsi dengan baik. Islam menganjurkan diazankan di telinga kanan dan diqamatkan di telinga kiri. Tujuannya ialah untuk mengingatkan kembali anak tentang perjanjian yang pernah dikaitkan dengan tuhan di alam Rohani.

Amalan Yang Dituntut Selepas Kelahiran Bayi

Membaca Surah Al-Qadar dan Surah Al-Ikhlas
Suami hendaklah juga membanyakkan bacaan surah Al-Qadar di telinga kanan dan surah Al-Ikhlas di telinga kiri bagi tujuan memohon kepada Allah supaya anak yang dilahirkan terselamat dari melakukan perzinaan dan memohon juga supaya dikuatkan iman, jauh dari menyeleweng fahaman akidahnya dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah.

Hadis Rasulullah S.A.W. bermaksud :
“Sesiapa yang mendapat cahaya mata maka diazankan pada telinga kanannya dan diiqamahkan pada telinga kirinya maka akan dijauhkan dari gangguan Ummu Sibyan (sejenis jin yang membawa penyakit).”

6 comments:

  1. terima kasih info yg berguna ini..
    tips dan info yg sangat berguna buat saya,yang bakal menimbang cahaya mata yg pertama tahun ini


    sudi-sudilah lawat blog saya
    http://85mutiarabeauty.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Tak sbrnya nak tgu baby keluar. Nk bau syurga Allah :)) may Allah ease for both of us umi :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. mudah-mudahan. cx dah pun bersalin dgn jayanya. alhamdulillah..selamat menjadi ibu baru jugak

      Delete
  3. Alhamdulillah tq info yang bagus

    ReplyDelete
    Replies
    1. moga memberi manfaat buat pembaca
      apa yang perlu dilakukan selepas isteri bersalin melahirkan anak

      Delete