Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 39 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 39.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 9 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Perkembangan Bayi Hamil 39 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 39 minggu,
cecair amnion yang dahulunya jernih, sekarang berwarna pucat seakan susu akibat
penanggalan verniks kaseosa bayi salur penghadaman bayi menjadi hampir matang
sepenuhnya. Saiz bayi di minggu 39 kehamilan adalah 51sm dari kepala ke
jari kaki, dan beratnya lebih kurang 3.4 kg semasa lahir. Berat bayi sekitar 2.5
kg hingga 3.8 kg adalah lingkungan yang sihat bagi bayi baru lahir. Perkembangan
Fetus: Hamil 39 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 39 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
39 minggu, apabila bermulanya kontraksi pertama, ibu mengandung diminta
untuk bertenang. Jika kontraksi ingin bersalin berlaku dalam tempoh yang lama
dan berulang, datang berjumpa doktor dengan segera.
Badan ibu hamil akan mengeluarkan
lebih banyak lagi cecair amnion sehingga bayi dilahirkan. Tarikh sepatutnya
bersalin tidak seperti yang dinyatakan dalam Buku
Pink Ibu Mengandung. Ibu mengandung diminta tidak panik kerana
hanya 5 peratus bayi dilahirkan pada tarikh yang dijangkakan. Kebanyakan doktor
akan menunggu dua minggu lagi untuk jangkaan bersalin atau melahirkan anak.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester akhir kehamilan
di minggu ke 39. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kesihatan Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan. Untuk minggu terakhir hamil ni, makan makanan
berkhasiat.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 9 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 39. Bermula
minggu ini jangkaan bersalin anda boleh terjadi bila-bila masa. Bersedia
menjadi ibu! Seronoknya!!!!
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 9 Bulan)
Moga dipermudahkan urusan kelahiran
bayi anda. Selamat bersalin..
terima kasih info ni...
ReplyDeletememang bagus info ini...
lebih2 buat sy yg bakal bergelar ibu...
moga bermanfaat buat semua ibu mengandung dan wanita hamil
Deletehamil 39 minggu tak lama lagi bakal bersalin
bestnya..