Perkongsian
yang diambil menerusi Facebook tentang cara mandikan
bayi yang baru lahir. Buat ibu bapa yang baru dapat baby tu, tahniah
diucapkan! Jom ketahui bagaimana kaedah memandikan bayi yang masih kecil.
Apabila
memandikan bayi, jangan terus masukkan badan bayi ke dalam tab. Cuci dahulu
kemaluan bayi depan dan belakang menggunakan air mengalir supaya bersih.
Tujuannya supaya apabila memasukkan bayi dalam tab air tidak menjadi air najis,
kesan kemaluan bayi yang beristinjak tidak dicuci dengan air.
Cara Dan Adab Memandikan Bayi Baru Lahir
Bayi baru
lahir adalah khalifah Allah yang baru menjengah dunia selepas sembilan bulan
tinggal di alam rahim. Justeru ibu bapa yang beragama Islam mestilah menyambut
kelahirannya mengikut cara yang dianjurkan oleh Islam.
Antara
yang mungkin kita semua tidak beri perhatian adalah tatacara memandikan bayi
baru lahir iaitu dari usia sehari hingga 40 hari. Dalam tempoh ini, kaedah
mandian memainkan peranan penting dalam membentuk aliran darah dan pembentukan
tulang yang baik.
Gambar Bayi Baru Lahir Selepas Dimandikan
Gambar bayi selepas mandi |
Tips Dan Panduan Mandikan Bayi Baru Lahir
1.
Seeloknya mandikan bayi pada waktu dhuha, kerana pada waktu tersebut fisiologi
kitaran darah dan degupan jantung bayi dalam keadaan tenang. Gunakan air yang
suam.
2. Siraman
pertama perlu dimulakan ke atas belakangnya secara perlahan-lahan, kemudian
baru disiramkan ke kaki, seterusnya naik ke bahagian punggungnya.
3. Belaian
dan gosokan lembut memainkan peranan penting semasa memandikan bayi. Ini akan
membuatkan pengaliran darah bayi lancar dan baik. Siraman disertakan dengan
sapuan sabun yang sesuai untuk bayi.
4.
Seterusnya siram dari belakang hingga ke kepala. Siraman di kepala dilakukan
secara perlahan, supaya air tidak mengalir masuk ke dalam lubang telinga.
Semasa menyiramkan air di belakang kepala ke bahagian hadapan dahi, tangan
digunakan untuk menggosok dahi.
5.
Sebaiknya tugas memandikan bayi dilakukan oleh bapa. Sambil memandikan, hati berzikir
Ya Latif, Ya Hadi.
6.
Pastikan siraman tidak dilakukan pada muka bayi kerana ia boleh melemaskan bayi
serta menyebabkan lubang hidungnya lembap seterusnya mudah selesema atau
jangkitan kuman.
7. Siraman
yang terakhir, dilakukan ke atas dada seterusnya hingga ke bawah. Tidak
digalakkan menyapu sabun pada bahagian hadapan tubuh bayi usia ini, kerana
bimbang air dan sabun menyebabkan bahagian pusatnya lembap dan seterusnya
melambatkan proses ‘gugur’ tali pusat.
8. Selepas
selesai mandi, lapkan seluruh badan bayi dengan tuala yang bersih. Cara
mengelap dimulakan dari kepala kerana kelewatan mengelap bahagian kepala boleh
menyebabkan kepala dan ubun-ubun bayi basah serta membawa masalah paru-paru
lemah.
Moga perkongsian
ini bermanfaat buat semua yang bergelar ibu bapa. Selamat mandikan bayi yang
comel!
Wahhh! Tq umi ntk sharing berguna ni. Cx baru tahu step2 ni. Hehhe risau rs nk mandikan anak. Hehe
ReplyDelete