Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 33 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 33.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 7 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Temujanji kehamilan dengan doktor di hospital
Perkembangan Bayi (JANIN) Hamil 33 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 33 minggu,
berat badan bayi makin bertambah. Saiz bayi di minggu 33 kehamilan
adalah 44sm dari kepala ke jari kaki dengan berat badannya 2 kg. Posisi kepala bayi
sepatutnya menghala ke bawah dalam minggu ini. Doktor akan memberi perhatian
yang rapi kepada posisi bayi dalam minggu-minggu yang akan datang ini, kerana
sesetengah bayi kadang-kala suka berpusing balik.
Tengkorak bayi masih lembut dan belum
bertaut, untuk membolehkannya keluar melalui saluran kelahiran yang agak
sempit. Tetapi tulang di bahagian-bahagian lain dalam tubuhnya bertambah keras.
Kulit bayi anda mula hilang kemerahannya dan kurang berkedut. Perkembangan
Fetus: Hamil 33 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 33 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
33 minggu, kaki dan pergelangan kaki ibu mengandung menjadi bengkak
menjelang waktu petang. Retensi air, juga dikenali sebagai oedema, adalah lebih
teruk semasa cuaca panas dan di sebelah petang. Minum banyak air akan membantu
mengurangkan retensi air. Jika ibu hamil terasa bengkak-bengkak atau sembap
pada tangan atau muka berlaku dengan tiba-tiba, berjumpalah dengan doktor segera,
ia berkemungkinan tanda praeklampsia.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester ketiga kehamilan
di minggu ke 33. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 7 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 33.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 8 Bulan)
Tak lama lagi bayi anda akan keluar.
Mesti teruja nak tengok wajah bayi anda.
No comments:
Post a Comment