Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 37 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 37.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 9 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Perkembangan Bayi Hamil 37 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 37 minggu,
kebanyakan bayi sekarang sudah mempunyai rambut yang lebat, dan ukuran rambutnya
adalah antara 2.5sm panjang. Namun, ada sesetengah bayi tidak mempunyai rambut
langsung.
Saiz bayi di minggu 37 kehamilan
adalah 50sm dari kepala ke jari kaki dengan berat bayi hampir 2.8 kg. Kepala
bayi anda sudah memasuki dan merangkumi kaviti pelvis anda - dikelilingi dan
dilindungi oleh tulang pelvis anda. Posisi ini memberi lebih ruang kepada kaki
dan punggung bayi yang semakin membesar. Kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 37 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 37 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
37 minggu, bermula minggu ini, ibu hamil sudah mula mempersiapkan diri
untuk proses bersalin. Kulit sekitar perut ibu mengandung akan rasa gatal,
dinasihatkan untuk tidak menggaru di kawasan tersebut. Boleh letak losyen atau
minyak bayi di kawasan tersebut.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester akhir kehamilan
di minggu ke 37. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kesihatan Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 9 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 37.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 9 Bulan)
Moga
dipermudahkan urusan kelahiran bayi anda. Selamat bersalin..
No comments:
Post a Comment