Berat Badan Tak Naik Hamil 7 Bulan

Minggu lepas aku pergi buat lawatan kesihatan kat klinik kesihatan berdekatan. Usia kandungan aku sekitar 30 minggu (7 bulan mengandung). Alhamdulillah.. Bila kandungan dah mencecah usia 28 minggu ke atas, ibu mengandung kena buat pemeriksaan setiap 2 minggu. Begitu jugak scan perkembangan bayi di hospital.

Nak dijadikan cerita, masa aku timbang tu berat aku tak naik. Malah turun sebanyak 0.1 gram. Sepatutnya di usia kehamilan aku, berat badan kena naik 500 gram setiap minggu. Info tu aku rujuk melalui pembacaan dalam Buku Pink Ibu Mengandung

PERTAMBAHAN BERAT BADAN KETIKA HAMIL/ MENGANDUNG
Pertambahan berat badan yang sihat:
- bagi jangka masa kandungan 5 bulan pertama, kenaikan berat badan adalah 500 gram setiap sebulan.
- bagi jangka masa kandungan 5 bulan seterusnya, pertambahan berat badan adalah 500 gram setiap minggu.
  
Berat badan ibu mengandung tak naik ketika hamil 7 bulan, pertambahan berat badan yang sihat ketika hamil, sebab peningkatan berat badan penting semasa mengandung, berat badan turun hamil 7 bulan, kenaikan berat badan ibu hamil, kesan berat badan berlebihan semasa mengandung tanda pre eklampsia
Timbang berat badan ibu hamil. Biasa naik, tetibe berat badan turun pulak

Kes aku ni, berat badan turun. So misi pun check data scan bayi aku yang aku buat sebelum tu. Nasib baik berat bayi di paras yang normal. Sebab kalau berat badan ibu mengandung tak naik takut akan jejaskan perkembangan bayi dalam rahim. Takut berat badan bayi tu terkurang. Alhamdulillah, nasib baik semuanya ok.

Kengkadang aku pun rasa pelik. Padahal selera makan aku ni boleh tahan! Main bedal! Awal-awal pagi dah makan. Tapi berat badan aku tak naik, malah turun 0.1 gram lagi tu dari berat badan 2 minggu sebelum tu. Ker timbang kat klinik tu yang salah. Tetttttt…penuh misteri.

Ibu mengandung ni, berat badan tak boleh meningkat banyak. Juga tak boleh turun dengan drastik. Pertambahan berat badan kena ikut jadual dalam carta. So, kalau makan tu berpada-padalah. Terutama bagi ibu hamil yang dalam proses control diet (GDM).

Now, kat pergelangan kaki aku ada bengkak. Orang panggil edema. Dulu aku ingat bengkak tu pasal berat badan aku berlebihan, overweight, rupanya cecair ketika orang mengandung. Orang kata normal kalau kaki bengkak. Cuma kalau disertai bersama tanda-tanda pre eklampsia tu yang bahaya. Langkah berhati-hati. Moga dipermudahkan kehamilan aku. Diberi kesihatan yang baik buat aku dan juga bayi dalam kandungan ni.

1 comment:

  1. Hahaha cx pon ada skali brt turun 1 1/2kg turun. Tp time tu puasa. So nurse assume ianya dsbkn puasa. Hehe. Tp lps tu Alhamdulillah da. :)

    ReplyDelete