Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 34 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 34.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 8 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Perkembangan Janin Bayi Hamil 34 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 34 minggu,
pendengaran bayi sudah terbentuk dengan sempurna. Saiz bayi di minggu 34
kehamilan adalah 45sm dari kepala ke jari kaki dengan berat 2.2 kg. Bayi
menjadi gempal dan berisi. Ibu hamil boleh berbual-bual dengan bayi anda. Terdapat
bukti yang menunjukkan bahawa bayi baru lahir memberi lebih perhatian kepada nada
suara yang tinggi.
Jika anda merasa bimbang tentang
kemungkinan berlakunya pelahiran pramatang, anda akan bersenang hati untuk
mengetahui bahawa 99 peratus daripada bayi yang lahir pada 35 minggu kehamilan
boleh hidup di luar rahim - dan majoriti tiada menghadapi masalah yang serius.
Walaupun sistem saraf pusat bayi anda masih belum matang sepenuhnya,
paru-parunya sudah hampir matang sepenuhnya sekarang. kredit: Perkembangan
Fetus: Hamil 34 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 34 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
34 minggu, ibu mengandung akan mula merasakan semut-semut dan kebas di
daerah pelvis atau rasa sakit apabila mereka berjalan. Ini mungkin disebabkan
sendi-sendi pelvis meregang, sebagai persediaan untuk kelahiran.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester akhir kehamilan
di minggu ke 34. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 8 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 34.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 8 Bulan)
Tak lama lagi bayi anda akan keluar.
Mesti teruja nak tengok wajah bayi anda.
Sgt excited. Minggu ni 34w!! Yeah!
ReplyDelete34w ady!
ReplyDeleteotw 34w....x sabar rasanya
ReplyDelete