Perkembangan Bayi Dalam Kandungan Hamil 35 Minggu
Tempoh kehamilan sudah memasuki minggu ke 35.
Ibu hamil telah pun memasuki trimester tiga kehamilan
dengan usia kandungan 8 bulan. Ibu mengandung dinasihati untuk makan vitamin pil
hematinik yang penting sepanjang kehamilan antaranya pil asid folik, vitamin B
kompleks, vitamin C dan pil zat besi (ferrous fumarate). Ketahui keadaan janin
sepanjang mengandungkan bayi di dalam rahim anda. Ikuti perkembangan bayi
dalam kandungan dari minggu ke minggu.
Perkembangan Bayi Hamil 35 Minggu
Pada usia fetus (bayi) 35 minggu,
kuku jari dan buah pinggang bayi terbentuk sempurna. Saiz bayi di minggu 35
kehamilan adalah 45sm dari kepala ke jari kaki dengan berat 2.4 kg. Ibu
hamil akan dapat melihat siku, kaki atau kepalanya menonjol dari perut apabila bayi
mengeliat dan bergeliang-geliut.
Cecair amnion semakin mengurang dan
bayi lebih memenuhi ruang dalam uterus. Ibu hamil mungkin telah menambahkan
berat badan sekitar 11kg ke 13.6kg. Pusat ibu mengandung juga terbonjol keluar
daripada kebiasaan. Kredit: Perkembangan
Fetus Hamil 35 Minggu
Keadaan Ibu Mengandung Ketika Umur Kandungan 35 Minggu
Kondisi ibu mengandung semasa umur kandungan
35 minggu, Ibu hamil mungkin terasa agak sesak nafas sebab bahagian atas
uterus telah naik dan mencecah tulang rusuk. Cuba ambil posisi merangkak atas
tangan dan lutut jika mahu menarik nafas dalam.
Walaupun tekanan ke atas pundi kencing
menyebabkan ibu mengandung kerap ke bilik air, jangan kurangkan minum air -
bayi amat memerlukan banyak cecair. Tapi adalah baik jika ibu hamil
mengurangkan minuman berjenis diuretik seperti teh dan kopi, sebab ia akan
membuat ibu mengandung kencing dengan lebih kerap. Bermula minggu ini, ibu
mengandung akan membuat temujanji dengan doktor setiap minggu sehingga anda
melahirkan anak kelak.
Anda telah melepasi trimester kedua mengandung. Tahniah!
Kini anda memasuki trimester akhir kehamilan
di minggu ke 35. Memasuki trimester 3
hamil, ibu hamil dinasihati makan makan berkhasiat dan menggunakan pakaian
longgar dan selesa.
Tips Menjaga Kesihatan Kehamilan Ibu Mengandung
Jangan mengangkat benda terlampau
berat. Banyakkan berehat. Tidur awal di waktu malam agar mendapat kesihatan
yang baik sepanjang kehamilan.
Minum banyak air putih sekitar 8 gelas
atau lebih dalam sehari. Amalkan minum susu ketika hamil. Susu penting untuk
gigi dan tulang bayi yang sedang berkembang di dalam rahim ibu hamil.
Jaga pemakanan sepanjang tempoh hamil.
Jangan makan benda manis berlebihan, kawal diet pemakanan. Perbanyakkan makan
sayuran dan buah-buahan.
Gambar menunjukkan perbezaan saiz bayi di usia kehamilan 1 bulan, 8 bulan sehingga masuk 9 bulan mengandung. Saiz
bayi makin membesar di dalam rahim ketika usia
kandungan masuk minggu ke 35.
Perkembangan Bayi
Dalam Kandungan (Mengandung 8 Bulan)
Tak lama lagi bayi anda akan keluar.
Mesti teruja nak tengok wajah bayi anda.
No comments:
Post a Comment