Carta Pergerakan Janin Ibu Mengandung

Carta Pergerakan Janin

Masa buat pemeriksaan kehamilan kat Klinik Kesihatan hari tu, misi kata bermula hari esok aku kena buat kerja rumah. Bukan kerja menyapu rumah, tapi kerja menandakan pergerakan bayi dalam kandungan. Misi pun terangkan cara-cara nak kira pergerakan bayi dan cara tandakan pergerakan janin di dalam Buku Pink Ibu Mengandung.

Arahan Untuk Menanda Carta Pergerakan Janin

Bermula dari jam 9.00 pagi, kira pergerakan janin anda sehingga sampai 10 kali. Sila catatkan masa setelah genap 10 kali pergerakan SETIAP HARI.

PERHATIAN!!!
Sekiranya anda tidak merasa 10 kali pergerakan dalam masa 12 jam SEGERA KE HOSPITAL.

Gambar Carta Pergerakan Janin

Carta pergerakan janin ibu mengandung, carta tendangan bayi, cara mengira pergerakan bayi ketika hamil dan mengandung, pergerakan bayi dalam kandungan, carta kira pergerakan bayi buku pink ibu mengandung, kira pergerakan bayi dalam rahim
Carta mengira pergerakan janin dan tendangan bayi dalam kandungan
Means, setiap hari aku kena tandakan jumlah pergerakan bayi. Tempoh adalah selama 12 jam. Bermula jam 9.00 pagi sampai 9.00 malam. Tapi kalau dah capai 10 kali pergerakan sampai jam 2.00 petang, tulis dalam buku tu jam terakhir iaitu pukul 2 petang kat bahagian (masa genap 10 gerakan janin).

Cara Merasai Pergerakan Janin Dalam Rahim

Misi cakap, kalau badan ibu mengandung tu jenis berisi, mungkin ada sesikit kesukaran nak merasai pergerakan janin. Ada janin yang kuat menendang, ada bayi yang tak kuat menendang. Untuk merasai pergerakan janin dalam rahim kita, letakkan tapak tangan kita di atas perut. Dari situ, si ibu hamil tadi dapat merasai pergerakan janin dalam kandungan. Mudah la nak buat kerja merekod pergerakan janin.

Masalah Jika Pergerakan Janin Tidak Aktif

Dalam buku tu, kena capai 10 kali pergerakan janin dalam badan ibu mengandung. Macam mana kalau tak capai 10 kali pergerakan janin? Haaa, korang kena segera pergi ke hospital dan bagitu kat mereka yang pergerakan janin korang tak cukup 10 kali dalam tempoh 12 jam.

Pernah berlaku kat kakak ipar aku sendiri, katanya bayi dalam perutnya tak bergerak. So abang aku dengan segera bawa dia ke hospital. Alhamdulillah, nasib baik tak ada apa-apa. Mungkin time tu baby tengah tidur. Kurang aktif nak menendang. Hish, risau jugak kan. Apa pun moga dipermudahkan urusan kehamilan kita dan bayi dalam keadaan sihat walafiat.

6 comments:

  1. sy ni pon baru 21w dh rasa pergerakan baby..yg kedua ni awal plak..masa arfan dulu 7bulan baru start rasa gerak..hehe...

    ReplyDelete
  2. dah genap 30 minggu hari ni..Dah rasa pergerakkan bayi yang sangat aktif..turun naik,perut ni diperutnya..Masya allah..bila berseorangan dan merasai pergerakkannya.,rasa amat bersyukur..alhamdulillah..

    ReplyDelete
  3. Cx aritu warded sbb baby kurang grk. 3hari gak admit. Asyik buat CTG je. Jenuhlah.. sakit pinggang dibuatnya. Tk suka ctg! Haahha. Alhamdulillah skrg kemain aktif dia. Sampai senak2 dibuatnya. Bak kata abah dia .. baby tk sabar nak keluar tu. Amboi abahnya pon kan.. mak die yg risau haha

    ReplyDelete
  4. Kte dah 27mggu..tapikan xtau mcm mn nak monitor pergerakan bby sbb kdg gerak kdg x gerak..tapi malam perut kte akan benjol ke kiri..rasa gak dia gerak..mgkn tu kepala dia kot..adakah itu normal atau kte kne jumpe doktor?

    ReplyDelete
  5. Kte dah 27mggu..tapikan xtau mcm mn nak monitor pergerakan bby sbb kdg gerak kdg x gerak..tapi malam perut kte akan benjol ke kiri..rasa gak dia gerak..mgkn tu kepala dia kot..adakah itu normal atau kte kne jumpe doktor?

    ReplyDelete
    Replies
    1. sama la. kadang2 je rasa pergerakan baby dalam perut. selagi ada rasa pergerakan baby, inshaAllah ok semuanya. malam sebab kita biasanya tidur baring mengiring sebelah kiri, jadi perut akan rasa benjol kat belah kiri.

      Delete