Kaki Bengkak Ketika Hamil (Edema)
Memasuki usia kandungan ke 28 minggu, kaki aku dah start bengkak.
Bengkak sebelah pergelangan kaki kanan. Kaki kiri ok. Ini kali ke 2 kaki aku
membengkak. Bengkak dia tak sakit. Cuma kelihatan kembang je la kat buku lali kaki
tu.
Bengkak kali pertama, masa aku hamil 22 minggu. Pertama kali katakan,
aku panik bila tengok kaki aku kembang. Aku tanya kat hb kenapa kaki aku
bengkak. Hb pun cakap, simptom wanita
mengandung memang macam tu. Fuh, baru lega hati aku. Since aku pregnant ni
kan, tahap kerisauan aku menjadi-jadi. Bimbang itu ini. Kurang berpengetahuan dalam
alam kehamilan.
Kaki Dan Jari Bengkak Ketika Hamil
Dari pembacaan aku kat internet, hamil trimester ketiga ibu mengandung
berpotensi mengalami edema (buku lali
dan jari tangan membengkak). Macam kawan aku, minggu akhir hamil baru kaki
dia membengkak. Aku pulak baru masuk 28 minggu. Tapi bengkak tu sikit je la.
Terlebih bengkak dengan tiba-tiba pun bahaya gak, sebab menandakan gejala pre eklampsia.
Apa
Itu Edema?
Info yang aku baca pasal buku lali dan jari tangan membengkak menerusi
Buku
Pink Ibu Mengandung. Sesetengah bengkakan (edema)
merupakan perkara biasa kerana badan menyimpan lebih banyak air.
Gambar kaki bengkak ibu mengandung atau hamil. Juga dikenali sebagai edema.
Kredit foto edema
Tanda-Tanda
Edema:
Sedikit bengkakan pada buku lali dan
ianya tidak menyakitkan. Ibu mengandung akan menyedari jari tangan tidak muat
lagi menggunakan cincin.
Cara Atasi Edema (Bengkak Pada Kaki):
1. Berehat dengan meninggikan kaki.
2. Lakukan senaman kaki yang ringan.
3. Berjumpa dengan doktor jika
bengkakan yang berlebihan mungkin merupakan gejala pre eklampsia.
Itulah serba sedikit maklumat
berkaitan edema. Setiap kali kita buat pemeriksaan hamil di Klinik Kesihatan Ibu Dan Anak, doktor
atau misi akan check tangan dan jari kita kalau-kalau ada berlakunya bengkakan
di situ.
Cx masa bulan ke 5 lg da start bengkak. Sampai skrg ni haa. Tp tkla mcm gmba umi attach tu. Seram je. Heheh. Cx dkt buku lali dah susut.. skrg dkt keting. Kemain bengkak terok. Huhu
ReplyDelete