Ads GA Leaderhead

Tanggungjawab Ibu Bapa Urus Anak

Tanggungjawab Ibu Bapa Urus Anak

Memandangkan baby belum lahir lagi, tengok gambar ni buat aku tersenyum sengsorang. Iye eh semua perkara berkaitan anak diuruskan oleh emak seorang???

Peranan Ibu Versus Bapa Urus Anak-Anak Di Rumah Sebelum Keluar Rumah

 Tanggungjawab ibu bapa urus anak sebelum keluar rumah, tugas ibu bapa urus anak di rumah, peranan ibu bapa terhadap anak, tanggungjawab suami isteri urus anak-anak, tugas jaga anak, pengurusan anak di rumah, drama ibu bapa sebelum keluar rumah, situasi bila nak keluar rumah

Alkisahnya macam ni. Sekeluarga ni nak pergi keluar berjalan. Si bapa sibuk mandi, pakai baju, sikat rambut, pakai minyak wangi. Manakala si emak pula, menguruskan 2 orang anak kecilnya. Dari mula mandi, dengan perangai anak sorang ke Timur, sorang ke Barat. Terkejar-kejar anak, bagi makan minum anak-anak sebelum keluar, kemudian barulah si ibu ni uruskan dirinya sendiri.

Si bapa tadi dah standby menunggu. Siap 100 peratus! Si ibu masih nak pakai baju, pasang make up. Kalau tengok dialog dalam gambar ni, si suami cakap kat bini dia “Awak belum bersiap sedia lagi?”. Amboi kemain lagi pertanyaan tu. Dengan 2 orang anak tersenyum kambing.

Tugas Urus Anak-Anak Dilakukan Isteri Seorang?

Lumrahnya, memang begitu, emak akan uruskan anak-anak terlebih dahulu. Kemudian baru uruskan dirinya sendiri. Al maklum la anak-anak ni nakal, aktif. Kalau uruskan diri sendiri dulu, nanti tak pasal-pasal baju yang dah cantik-cantik pakai basah lencun. Situasi si ayah pula, kebiasaan akan terus mandi, cukur jambang, misai, kemaskan dirinya sendiri, minum pagi. Kemudian tengok tv sambil tunggu isteri dan anak-anak siap.

Tanggungjawab Bersama Suami Isteri Urus Anak-Anak

Tapi tak semua la yang macam tu, ada jugak suami yang jenis prihatin dan bertanggungjawab. Tengok isteri sibuk uruskan anak-anak mandi, mereka sediakan sarapan pagi. Kemudian bagi anak makan, sementara tunggu isteri bersiap. Haaa macam tu yang kita nak. Sama-sama berganding bahu. Tugas urus anak-anak dipikul bersama suami isteri.

Kedua-dua situasi di atas aku pernah tengok dengan mata sendiri. Seorang jenis yang ringan tulang membantu isterinya urus anak-anak, manakala seorang lagi jenis membiarkan si isteri terkapai-kapai urus anak. Huhu.. tugas urus anak nampak macam mudah. Tapi….betapa kelam-kabutnya seorang isteri a.k.a emak.

Antara Komen Si Ibu & Bapa Merujuk Gambar Di Atas: Pengurusan Anak-Anak

Tanggungjawab ibu bapa urus anak sebelum keluar rumah, tugas ibu bapa urus anak di rumah, peranan ibu bapa terhadap anak, tanggungjawab suami isteri urus anak-anak, tugas jaga anak, pengurusan anak di rumah, drama ibu bapa sebelum keluar rumah, situasi bila nak keluar rumah

1 comment:

  1. hahaha ... lumrah la kan. tapi biasa kalau isteri moody atau sakit suami tolong kot ;)

    ReplyDelete