Hukum Makan Belangkas Dalam Islam | Pernah makan belangkas? Pertama kali aku melihat belangkas kugambarkan ia
seperti raksasa dalam cerita Ultraman. Nak pegang pun aku takut, aptah lagi nak
masak belangkas, nak makan
belangkas. Sekali dirasa, rupanya telur
dan isi belangkas sedap sekali. Eh, mesti ada yang tertanya-tanya boleh ke tak makan belangkas ni. Adakah
belangkas haiwan yang halal dimakan, ataupun
haram dimakan. Jom baca keterangan di bawah.
Gambar belangkas. Boleh bayang tak betapa enaknya telur belangkas. |
Muzakarah
Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Ugama Islam Malaysia Kali
Ke-93 yang bersidang pada 21 Februari 2011 telah membincangkan hukum makan belangkas sama ada isi
belangkas ataupun telur belangkas. Muzakarah telah memutuskan seperti berikut:
1. Setelah
meneliti keterangan, hujah-hujah dan pandangan yang dikemukakan, Muzakarah
berpandangan bahawa tiada nas qati’e
yang mengharamkan manusia memakan belangkas. Pakar Haiwan Hidupan Air
menyatakan bahawa belangkas adalah haiwan yang hidup di laut dalam dan hanya
naik ke pantai untuk bertelur. Ia adalah sejenis haiwan satu alam yang hidup di
laut masin dan sedikit di paya air tawar dan ia tidak boleh kekal hidup di
darat kerana bernafas menggunakan insang.
2.
Sehubungan itu, selaras dengan pandangan Jumhur Ulama’ yang menyatakan bahawa
haiwan yang tinggal di dalam laut semata-mata dan tidak boleh hidup tanpa air
adalah halal dimakan, maka Muzakarah bersetuju memutuskan bahawa hukum memakan daging, isi dan telur
belangkas adalah diharuskan (HALAL). sumber
Hukum makan isi belangkas dan telurnya |
Jadi,
jelaslah bahawa belangkas itu halal
dimakan. Alhamdulillah. Nak masak belangkas kena pandai menyiang belangkas.
Buang hempedu belangkas, sebab hempedu dia boleh menyebabkan kita pening. Lihat
cara menyiang belangkas di SINI.
Tahu masak
belangkas? Antara masakan belangkas
yang anda boleh cuba:
1. belangkas masak sambal
2.
belangkas bakar
3. belangkas
goreng
4. belangkas
masak asam pedas
5. belangkas
masak kicap
6. belangkas
masak lemak cili api
Terliur-liur
aku dibuatnya. Semua masakan di atas sedap! Paling simple nak rebus belangkas je pun dah melazatkan. So
dah tahu hukum makan belangkas tu
halal, apa lagi jom cari belangkas kat pasar basah.
No comments:
Post a Comment