Tanda-Tanda Alahan Susu Lembu

Tanda-Tanda Alahan Susu Lembu | Susu formula ada banyak jenis. Susu berasaskan soya susu terbaik untuk anak terutamanya dalam mengelakkan alahan bayi pada susu lembu. Bayi alergi minum susu lembu akan menunjukkan tanda-tanda alahan susu lembu.

tanda bayi alahan susu lembu, tanda-tanda alahan susu lembu, bayi alergi minum susu lembu, apa itu alahan protein susu lembu, simptom alergi akibat minum susu lembu, alah susu lembu, susu bayi berasaskan soya, baby allergic susu
Gambar ekzema pada bayi kesan alahan susu lembu

Apa itu alahan protein susu lembu? Alahan protein susu lembu merupakan alahan yang paling umum di kalangan kanak-kanak. Ia adalah tindak balas sistem imun yang hipersensitif terhadap protein yang terdapat di dalam susu lembu. Kesannya, anak-anak akan mengalami simptom alergi akibat minum susu lembu.

Menurut kajian, sebanyak 5 hingga 8 peratus kanak-kanak di dunia mengalami alahan protein susu lembu. Ketahui apakah gejala-gejala yang menunjukkan kanak-kanak mengalami alahan protein susu lembu.



TANDA-TANDA ALAHAN SUSU LEMBU
Ekzema / gatal-gatal
Mata berair, merah atau gatal
Cirit-birit
Muntah
Hidung berhingus / bersin
Batuk berterusan

Jika anak anda mengalami gejala di atas, segeralah bertukar dari susu lembu kepada susu formula berasaskan soya. Namun, lebih baik jika anda membawa anak anda berjumpa dengan doktor terlebih dahulu bagi memastikan apa punca anak-anak mendapat simptom berkenaan.

tanda bayi alahan susu lembu, tanda-tanda alahan susu lembu, bayi alergi minum susu lembu, apa itu alahan protein susu lembu, simptom alergi akibat minum susu lembu, alah susu lembu, susu bayi berasaskan soya, baby allergic susu, eczema
Ekzema dan hidung berair antara tanda bayi alah pada susu lembu

Pengalaman Melihat Anak Buah Ada Alahan Susu Lembu
Alhamdulillah, baby Amirah yang berusia 5 bulan sekarang, tidak mengalami alahan pada susu lembu. Penyusuan baby Amirah adalah 100% pada susu formula. Berlainan pula dengan anak kakak ipar, 2 daripada anaknya disahkan oleh doktor mengalami alahan pada susu lembu. Segala makanan dan minuman dijaga dengan rapi dengan tidak memberikan makanan yang berasaskan lembu.

Ada kalanya terlanggar jugak pantang tu. Budak-budak kan, kalau teringin nak makan sesuatu, diorang akan curi-curi makan. Makan secara tersembunyi tanpa pengetahuan orang lain. Akibatnya, mula la gatal seluruh badan akibat salah makan, makan makanan yang dilarang. Alergi seluruh badan.

Bila jelous tengok orang lain minum air kotak coklat, makan coklat, makan daging, diorang pun nak jugak. Alahan paling teruk yang diorang pernah kena adalah terkena serangan asma (lelah) beserta gatal tubuh badan, hidung berair, batuk-batuk. Kesian tengok.

tanda bayi alahan susu lembu, tanda-tanda alahan susu lembu, bayi alergi minum susu lembu, apa itu alahan protein susu lembu, simptom alergi akibat minum susu lembu, alah susu lembu, susu bayi berasaskan soya, baby allergic susu
Gatal-gatal menyebabkan kemerahan kulit muka bayi berpunca dari alergi susu lembu

Susu Bayi Berasaskan Soya – Isomil
Memandangkan anak buah aku ada alahan susu lembu, so mak diorang belikan susu bayi berasaskan soya iaitu Isomil. Lepas menggunakan Isomil, tiada lagi tanda-tanda alahan dialami. Sesuai juga pada baby allergic susu. Isomil ni susu berasaskan soya yang tidak mengandungi protein susu lembu. Harga susu Isomil untuk umur 0 – 12 bulan adalah RM78.30. Boleh beli susu Isomil ni kat farmasi.


Jadi, bila kita memberikan susu formula pada anak, lihatlah reaksi mereka. Adakah anak-anak akan mengalami tanda-tanda alahan susu lembu. Jika terdapat alahan, tukar susu tersebut kepada susu jenis yang lain.  

No comments:

Post a Comment