8
Bahaya Bedak Talkum Bayi | Pernah terdengar sebelum ini tentang
bahaya bedak bayi. Bedak bayi
sememangnya wangi namun jika tersalah penggunaannya boleh mendatangkan bahaya
pada bayi. Juga bahaya bedak bayi untuk
wajah jika berlakunya iritasi. Bahaya
bedak bayi untuk orang dewasa pun ada jugak! Pernah jugak la dengar pasal bahaya bedak bayi Johnson ni. Betul ke?
Biasanya, bayi akan disapu dengan bedak talkum bayi selepas mandi. Wangi,
menyegarkan bayi sepanjang hari. Jom baca apakah kandungan yang ada dalam bedak
bayi yang menjadikan ianya bahaya. Merk
bedak berbahaya menurut bpom, merk bedak bayi tanpa talc, merk bedak bayi yang
mengandung cornstarch. Macam-macam kan, hmm baca je la info bawah ni.
Kandungan
Bahaya Dalam Bedak bayi
Talc merupakan kandungan utama bedak bayi.
Talc adalah mineral yang mengandungi silica magnesium yang sudah terhidrasi.
Bahaya bedak talkum bayi kerana ia menjadi punca dan menyebabkan masalah
berikut:
8
Bahaya Bedak Talkum Bayi
1. Bedak bayi menjadi punca kematian bayi
Pastinya kita tak pernah terfikir
bahawasanya bedak bayi boleh menjadi penyebab kematian bayi. Terlalu banyak menyedut
bedak bayi membuat saluran pernafasan bayi menjadi terhalang dan terganggu.
Jika dibiarkan berlarutan, bayi akan mengalami masalah bernafas. Seterusnya
menyebabkan kematian mendadak, atau dikenali Sudden Infant Death Syndrome (SIDS).
2. Bedak bayi menyebabkan pneumonia
Bedak bayi (talc) yang disedut oleh bayi
menyebabkan terjadinya pengumpulan talc di bahagian paru-paru. Dalam tempoh
yang ianya lama berlarutan, ia mengakibatkan bayi mendapat pneumonia.
3. Bedak bayi menyebabkan kanser paru-paru
Menurut kenyataan Dr Oz Indonesia, talc yang
tersedut oleh bayi lama-kelamaan akan mendatangkan kesan negatif penyakit yang lain.
Antaranya kanser paru-paru.
4. Bedak bayi berkemungkinan mendatangkan risiko
kanser ovari
Semakin tinggi penggunaan bedak bayi, maka kemungkinan
risiko untuk terkena kanser ovari juga tinggi.
Bedak bayi BABY KIKO diperkayakan dengan vitamin E |
5. Mengeringkan selaput lendir
Menyedut bedak bayi secara tidak sengaja boleh
menyebabkan selaput lendir menjadi kering. Selaput lendir berfungsi untuk menyaring
kotoran di dalam tubuh badan.
6. Bedak bayi punca bayi sukar bernafas
Banyak kes terjadi bayi mengalami kesukaran
bernafas akibat terdedah dengan bedak bayi. Partikel keras di dalam bedak masuk
ke dalam tubuh dan menghalang sistem pernafasan bayi.
7. Risiko terkena jangkitan bakteria akibat
penggunaan bedak bayi
Bahaya bedak bayi yang ditabur atau disapu
pada sekitar kemaluan atau vagina (bagi bayi perempuan) mendedahkan mereka
terhadap jangkitan bakteria.
8. Bedak bayi boleh menjadi punca pembengkakan
Bedak bayi memberi tindak balas pada sistem
badan. Tubuh menganggap bedak bayi sebagai pathogen iaitu benda asing yang mesti
dibasmi / dikeluarkan. Oleh sebab itu tubuh melakukan perlawanan dengan
mengeluarkan inflamasi atau pembengkakan. sumber
Penggunaan bedak bayi yang betul, aman dan
selamat boleh mencegah bayi daripada mengalami masalah yang tersenarai dalam 8 Bahaya Bedak Talkum Bayi. Gunakan losyen
sekali. Losyen pun wangi, menjadikan bayi segar, harum sepanjang hari.
Kisah bedak talkum bayi:
No comments:
Post a Comment